Hari Pilu


Sepatutnya, ini bukanlah entry saya hari ini. Namun, siapa sangka. Selepas 10 tahun memberi dan berkhidmat. al-ahkam.net (selepas ini akan disebut sebagai AAN) akhirnya menutup pintunya. Ada yang kecewa. Sedih kerana ‘teman rapat’ akhirnya pergi. Ada juga yang bersikap sinis dengan meletakkan nada berbaur provokasi. Namun, semuanya adalah kerana sayang mereka terhadap AAN dan juga Ustaz Zain YS. Ramai yang cuba berfikiran positif dengan mengatakan bahawa penutupan ini cuma bersifat sementara. Saya secara peribadi tidak mampu untuk bersikap positif seperti demikian, walaupun hati kecil memaksa-maksa untuk punya harapan sebegitu.

Usah tanya saya mengapa AAN ditutup. Kerana saya tidak mahu dan tidak mampu memberikan jawapan. Nilaikan sendiri. Usah tanya saya siapa yang bersalah.

Benar bak kata seorang sahabat, mungkin dengan penutupan AAN, kita boleh mengambil kira ini sebagai satu peluang untuk menghisab semula diri dan perbuatan. Menilai setiap sudut yang ada pada diri kita setiap kali kita berforum di AAN. AAN bukan satu warung kopi murah di tepi jalan. Bukan juga satu medan gosip dan buruk sangka. Juga bukan arena bersikap buruk. AAN bagai sebuah ‘universiti’ dengan ribuan ‘pelajar’. AAN – saya pandang sebagai – punya satu matlamat. Iaitu untuk lahirkan generasi Islami yang berintelek! AAN matlamatnya untuk jadi satu wadah menyebarkan kefahaman Islam yang lengkap dan cemerlang. Akan tetapi, keluar masuk kita di AAN, seolah-olah mencemarkan apa yang ingin dibawa oleh AAN. Masalah sikap sering kali jadikan diskusi di AAN hambar. Seringkali timbulkan pergeseran dan juga permusuhan.

Nah! Ambil peluang ‘ketiadaan’ AAN ini sebagai satu peluang untuk menilai setiap gerak laku kita.

Buat guru/mentor ku yang nun jauh di Utara. Semoga dia sentiasa sihat dan berbahagia, dan ketahuilah bahawa aku sentiasa menghormati segala keputusannya. Dan ketahuilah bahawa aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuknya.

Abu al-Fadhl
0826/01042008

____________________________________________________

ULASAN RAKAN:

Abu Hasif

Abu Naiem

3 comments:

Anonymous said...

Salam alaik. Patutla xleh bukak web tu beberapa hari ni. Sedihnya!

Anonymous said...

Sifo telah pun beri gambaran sebelum ini utk sama-sama muhasabah diri, "KEMBALI KE AKAR" ... namun... bukan orang lain, diri sendiri juga harus di renungi.

Ariff Arifin said...

assalamu3alaikum.

kalau benar ust zain ingin menutup 'pintu rumahnya'.maka ketahuilah,bahawa saya tetap akan hormati keputusan beliau.

Allahua3lam.