Warkah: Airmata Itu Bukan Lagi Bahasa Perasaan…


Bersabar ya saudara ku, berilah seluas ruang dan waktu untuk sifoo zain kembali seperti dulu.

Catatan ini untuk arif ariffin usah lagi bersedih, air mata itu bukan lagi bahasa perasaan…

alfiqrah.com

__________________________________________


Saudaraku,

Terkadang kita terleka. Terkadang kita alpa. Terkadang kita tidak menyedari. Terkadang kita tidak menghargai.Terkadang kita sengaja untuk tidak ambil peduli. Sehinggalah kita kehilangannya.

Saudaraku, bukanlah keinginanku untuk bersedih. Namun, kerana fitrah jugalah aku berdukacita. Berdukacita atas kehilangan sesuatu.

إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا

Sesungguhnya mata menangis (mengalirkan air mata), hati bersedih, dan tidak kita mengucapkan kecuali apa yang diredhai oleh Rabb kita. (Riwayat al-Bukhari)

Saudaraku, andaikata ruang kosong itu ingin terus-menerus dibiarkan kosong. Maka tidak sesekali aku berani mengharapkannya terisi semula.

Saudaraku, madrasah itu banyak mengajarku banyak perkara. Memberi bimbingan untuk aku jadi apa yang aku jadi hari ini. Dan jika ia mahu pergi, maka ketahuilah bahawa – dengan akal warasku ini – aku tidak akan sesekali menghalang pemergiannya. Dan tidak akan sesekali aku meratapinya. Kerana aku bukan seorang yang patah hatinya. Dan aku tidak sesekali ingin jadi orang yang menyanggahi qadr-Nya.

وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ

Dan ketahuilah, jika suatu ummat bersatu untuk menyampaikan sesuatu kebaikan kepada kamu, nescaya mereka tidak akan dapat menyampaikannya; kecuali sesuatu yang sesungguhnya telah dituliskan oleh Allah bagimu. Dan jika satu ummat bersatu untuk menyampaikan satu kemudharatan kepada kamu, nescaya mereka tidak akan dapat menyampaikannya; kecuali sesuatu yang sesungguhnya telah dituliskan oleh Allah bagimu. Dan telah diangkat pena dan kering dakwat. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Benar katamu itu saudaraku, air mata itu bukan lagi bahasa perasaan…


Abu al-Fadhl

1 comments:

shuhada said...

ariff,i can feel what u were trying to deliver,u're nice guy with a big heart.accept this fate like a grace of a survivor.not everything will stay there n stay still forever.