Soalan: Kenapakah Muslim diharamkan daripada memakan daging khinzir?
Dijawab oleh Sheikh Sâmî al-Mâjid
Ilmuwan dan saintis telah memberikan banyak alasan untuk menerangkan mengenai pengharaman daging khinzir. Kesemua alasan ini berkaitan dengan kewujudan najis dan penyakit.
Adalah diketahui bahawa khinzir memakan benda-benda najis. Ini sudah cukup untuk membuatkan kita mengelakkan serta menjauhkan diri daripadanya. Ia adalah tidak menyihatkan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pengamal perubatan, disebabkan oleh cacing pita yang tinggal di dalamnya dan banyaknya parasit yang berada di dalam dagingnya.
Betty Wadicson berkata: “Kesan daripada parasit-parasit ini biasa terdapat di sesetengah tempat seperti Perancis, Jerman, Itali dan Britain tetapi amat jarang didapati di kebanyakan negara timur kerana ianya adalah diharamkan bagi penduduknya untuk memakan daging khinzir.”
Ianya adalah amat mustahil untuk menentukan bahawa terdapatnya khinzir yang bebas dari cacing yang merbahaya tanpa melalui pemeriksaan setiap bahagian tubuhnya di bawah mikroskop, yang mana ianya adalah tidak praktikal dan mahal.
Cacing betina mampu menghasilkan sejumlah 1500 telur di bahagian dalam mebran mukus bahagian pencernaan pada badan yang dijangkiti yang kemudian akan dipindahkan melalui darah kepada keseluruhan bahagian badan. Setakat ini masih tiada ubat pencegahan penyakit kepada mereka yang memakan daging khinzir.
Daging khinzir juga menjangkitkan manusia dengan beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keracunan makanan dengan lecuran teruk pada organ pencernaan yang akan meyebabkan kematian dalam masa beberapa jam. [Rujuk Rûh al-Dîn al-Islamî oleh `Afif Tabarah (437-438)]
Lebih dari itu, tiada siapa yang mampu menidakkan bahaya lain yang mungkin wujud.
Diterjemahkan oleh Ariff.Arifin
Artikel asal di www.islamtoday.com dengan tajuk “Why is it forbidden for Muslims to eat pork?”
0 comments:
Post a Comment