Dari 'Aisyah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mengada-ada didalam urusan (agama) kami ini apa-apa yang tidak termasuk dari bahagiannya maka ia adalah tertolak." Dan di dalam satu riwayat Imam Muslim: "Barangsiapa melakukan satu amalan yang agama kami tidak mendasarinya maka ia ditolak." "Sesungguhnya barangsiapa yang terus hidup dari kalangan kamu akan melihat perselisihan yang banyak sekali. Maka berpeganglah kamu dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapatkan hidayah, gigitlah erat-erat dengan gigi geraham dan berwaspadalah dari setiap hal yang baru (dalam agama ini) kerana setiap hal yang baru (bida'ah) adalah sesat" Serta hadith Baginda Rasulullah melalui jalur Abu Hurairah: "Biarkanlah aku, apa-apa yang telah aku tinggalkan untukmu, sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang yang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan mereka dan sikap mereka yang selalu menyalahi nabi-nabi mereka. Apabila aku melarangmu dari sesuatu maka jauhilah dan apabila aku memerintahkanmu dengan sesuatu maka lakukanlah dengan sekuat tenagamu." "Sebaik-baik kurun (generasi) adalah kurunku (Sahabat) kemudian yang sesudahnya (Tabi'ien) kemudian yang sesudahnya (Tabi'ut Tabi'ien)" Maka tidak syak lagi akan perlunya untuk kita mencontohi golongan yang telah Rasulullah beritakan melalui hadith Baginda tersebut. 3 golongan terawal yang digelar sebagai Salafus Sholeh ini adalah perintis kepada ajaran Islam yang sempurna diwarisi daripada Rasulullah tanpa adanya penambahan mahupun pengurangan. Dan perlu untuk kita mencontohi sifat mereka itu untuk mengekalkan kesempurnaan agama ini. Hadith kedua pula bertumpu kepada suruhan Rasulullah SAW dalam melaksanakan ajaran Baginda; iaitu untuk menjauhi larangan serta memenuhi segala perintah Baginda. Dan sesuai dengan hadith pertama dalam artikel ini; iaitu untuk meninggalkan segala hal-hal yang diada-adakan dalam urusan agama. "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kalian, dan Ku-redhai Islam sebagai agama kalian." Maka penting sekali bagi orang-orang mu'min untuk menerima Islam seadanya sebagaimana yang telah Rasulullah SAW tinggalkan kepada para sahabat R.Anhum. inilah cara Salafus Sholeh yang sebenar. Al-Imam as-Syathibi ketika memberi komentar terhadap perlakuan pelaku bida'ah mengatakan bahawa: "Seorang pelaku bida'ah, baik dengan perbuatannya mahupun dengan ucapannya, menganggap bahawa syari'at belum sempurna; masih ada perkara-perkara dalam syari'at yang harus diperbaiki atau diubah. Apabila dia yakin bahawa syari'at agama kita ini telah sempurna, tentunya dia tidak akan membuat sesuatu yang baru, apatah lagi untuk mengubahnya. Dengan demikian, orang yang mengatakan bahawa syari'at perlu diubah telah tersesat dari jalan yang lurus." Komentar Imam as-Syathibi tersebut menunjukkan bahawa perlakuan pelaku-pelaku bida'ah adalah menyimpang dari syari'at dan secara langsung telah menanggap bahawa Islam masih belum sempurna bertentangan dengan firman Allah yang telah disampaikan. Memetik kata-kata Ibnul Majisyun yang berkata: "Aku mendengar Imam Malik mengatakan: Barangsiapa membuat perkara bida'ah dalam Islamyang dianggapnya baik, bererti dia telah mengatakan bahawa Muhammad SAW tidak amanah dalam menyampaikan risalah. Hal itu kerana Allah telah berfirman: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian." Jadi, segala perkara yang tidak menjadi sebahagian dari agama pada saat itu, tidak akan menjadi sebahagian dari agama sekarang" "Sesungguhnya, sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara-perkara baru dan setiap yang bida'ah adalah sesat." Dan moga kita dijauhkan daripada menjadi mereka yang menentang petunjuk Kitabullah serta sunnah Rasul-Nya. "Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (as-Sunnah)." Kerana itulah perkara yang haq. Ariff Arifin 2007-03-30 Terengganu -Hadith Arba'iin, Imam an-Nawawi -Riyadus Shalihin, Imam an-Nawawi -Mukhtasar al-I'tisham Imam as-Syathibi, Syaikh Abdul Qadir as-Saqqaf, diterbitkan oleh Media Hidayah -Syarah Hadith Arba'iin Nawawi, Ibn Daqiqiel 'Ied, terjemahan Muhammad Thalib, diterbitkan oleh Media Hidayah -Syarah Hadith Arba'iin Nawawi, Muhammad Bukhari, diterbitkan oleh Penerbitan Seribu Dinar
(Riwayat Bukhari-Muslim)
Hadith ini menjadi salah satu dasar penting dari beberapa dasar Islam. Ia menunjukkan bahawa pentingnya akan keperluan untuk mencontohi Rasulullah SAW dalam segala hal ibadah. Dan setiap amalan yang tidak berlandaskan perintah Allah dan juga sunnah Rasulullah SAW adalah tertolak serta setiap satu model baru dalam ibadah yang mengingkari keizinan Allah serta RasulNya adalah bukan termasuk sebahagian dari agama.
Hadith ini juga menjadi hujjah asas bagi pengikut sejati Ahlus Sunnah Wal Jamaah untuk menolak segala hal baru di dalam urusan ibadat. Maka tidak hairanlah apabila Imam Nawawi menyenaraikan hadith ini dalam dua karya beliau dalam bidang hadith iaitu; Riyadus Shalihin serta Hadith Arba'iin. Antara intisari hadith ini adalah keperluan menganjurkan ittiba' dan meninggalkan hal bida'ah dan kemaksiatan serta penekanan bahawa hal-hal bida'ah dalam urusan ad-Din, sama ada yang baru direka ataupun hanya diikuti perlu ditinggalkan.
Maka boleh disimpulkan bahawa segala hal baru yang direka-reka dalam urusan ibadat yang tidak berlandaskan syari'at adalah haram dan pengamalnya juga adalah berdosa. Ibn Daqiqiel 'Ied ketika mensyarahkan hadith ini mengatakan bahawa "hadith ini dengan tegas menolak setiap perkara bida'ah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka. Sebahagian ahli usul fiqh menjadikan hadith ini sebagai dasar kedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosakkan."
Hal ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan bida'ah itu dengan sendirinya telah ditolak (iaitu terlarang dan tidak diterima) walau dengan apa jua alasan untuk menghalalkannya. Perumpamaan mudah bagi pelaku bida'ah adalah seperti seseorang yang menggunakan wang palsu dalam urusan jual beli. Wang yang digunakan walaupun menyerupai wang yang asli namun ianya adalah haram dan tidak akan sesekali dapat membeli perkara yang dimahukan olehnya. Begitu juga dengan pelaku bida'ah. Walaupun amal yang dilakukannya hampir menyerupai sesuatu yang disyari'atkan, namun dia tidak akan mendapat apa-apa ganjaran melainkan dosa kerana tiada dasar seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah serta para Salafus Shalih selari dengan sabda Baginda Rasulullah SAW menerusi hadith dari Abu Najih al-'Irbadl bin Sariyah:
(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi; dan Tirmidzi berkata hadith ini hasan shahih)
(Hadith Riwayat Bukhari-Muslim)
Hadith pertama menekankan akan suruhan Rasulullah agar berpegang dengan contoh yang telah ditunjukkan oleh Baginda serta Khulafa' Rasyidin apabila berlakunya perselisihan atau kekeliruan dalam sesuatu hal. Ini kerana Baginda Rasul telah memberitakan dalam hadithnya melalui jalur periwayatan Ibn Mas'ud bahawa:
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, dan Tirmidzi)
Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam al-Quran dalam ayat ke-3 surah al-Ma'idah:
Maka sewajarnya bagi kita untuk meninggalkan segala perkara bida'ah bersesuaian dengan perintah Allah dan juga Rasul-Nya. Selari juga dengan pemahaman para Salafus Sholeh dalam mengamalkan ajaran Islam yang murni dan sejati. Ancaman-ancaman akan mungkarnya perlakuan bida'ah oleh Allah serta pesuruh-Nya sewajarnya menjadikan kita sedar kepentingan untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Sabda Rasulullah SAW:
(Riwayat Muslim)
Kembalilah kepada Quran dan Sunnah sebagaimana firman Allah;
(an-Nisa':59)
Allah Ta'ala A'lam
Rujukan:
Kembalilah Kepada Petunjuk al-Quran dan as-Sunnah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment