Kenali Syi’ah

Ramai yang tidak mengenali Syi'ah Rafidhah. Dan ramai pula yang menganggap bahawa Syi'ah adalah sebahagian daripada Ahlus Sunnah. Dan tidak kurang pula yang keliru dengan identiti sebenar Syi'ah. Ada yang menganggap perbedaan yang wujud di antara Syi'ah dan Ahlus Sunnah hanyalah perbedaan pada bahagian fiqh sahaja. Namun tanpa mereka sedari. Banyak perkara pokok yang menjadi perbezaan antara Ahlus Sunnah dan juga Sy'ah. Terutama dalam bab pegangan aqidah. Lihatlah bagaimana mereka begitu melampau dalam menegakkan doktrin mereka.

Taqiyyah (Berpura-pura):

-Dikatakan oleh mereka (Syi'ah) bahawa 9/10 agama itu adalah taqiyyah

-Diriwayatkan bahawa Ja'afar as-Shadiq berkata: "Sesiapa bersembahyang di belakang munafiqin (orang2 selain Syi'ah) secara taqiyyah ia seperti bersembahyang di belakang para imam (imam-imam Syi'ah)" (Ibn Babwaih al-Qummi; Jami'ul Akhbar, Hal. 108)

-Diriwayatkan bahawa Ja'afar as-Shadiq sebagai berkata: "Pengamalan taqiyyah itu lebih afdhal dari sedekah, haji dan jihad" (Ibn Babwaih al-Qummi; Jami'ul akhbar, Hal. 108)

Takfir Sahabat:

-Abu Bakr dan Umar telah banyak menyalahi hukum-hukum Allah yang terang.mereka berdua lebih banyak mempermainkan hukum-hukum tuhan. Mereka telah mengharam dan menghalalkan bagi pihak mereka sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman terhadap fatimah dan anak cucunya-(Khumaini; Kasyful Asrar, Hal. 110)

-Khumaini (Khomeini) juga adalah antara 6 orang ulama' syi'ah yang telah mengesahkan dan merestui kitab Tuhfatul Awam yang mengandungi doa ini, "Ya Allah! Laknatilah dua berhala quraisy, dua Jibtnya,dua Taghutnya, dua orang yang malang dikalangan mereka dan dua orang anak perempuan mereka. Mereka berdua telah melanggar perintahMu dan mengingkari wahyuMu, menolak kurniaanMu dan derhaka kepada RasulMu. mereka berdua telah mengubah agamaMu dan menyelewengkan kitabMu, mereka berdua telah menyintai musuh-musuhmu,menolak nikmat-nikmatMu dan telah menghentikan hukum-hukumMu…."

-Dua orang yang dimaksudkan dalam kitab tersebut adalah Abu bakr dan Umar,manakala dua anak perempuan yang dimaksudkan itu adalah 'Aisyah dan Hafsah (anak kepada Abu Bakr dan Umar)

-At-Thusi meriwayatkan bahawa Abu Ja'afar (Muhammad al-Baqir) berkata, "Bahawa para sahabat telah murtad selepas kewafatan Rasulullah kecuali Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi."

-Apabila aqidah takfir sahabat ini ditegakkan, maka jelas kali bahawa al-Quran dan as-Sunnah yang dikumpul dan diriwayatkan oleh para sahabat turut sama tertolak.

Aqidah Bada':

-Mereka mengatakan Allah itu jahil tidak mempunyai ilmu meliputi sesuatu.bolehkah mereka berkata sedemikian kepada Allah??!

-Dari ar-Rayan bin Salt dari ar-Ridha (Imam Ali ar-Ridha), "Tidak seorang pun nabi yang diutus oleh Allah melainkan ia membawa ajaran tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui (bahawa Allah) bersifat dengan al-Bada'."-(al-usul min al-kafi; al-Kulaini, hal. 148)

-An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam sesudahnya dan beliau mengisyaratkan kepadanya semasa beliau masih hidup lagi. Tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup.maka Ja'afar pun berkata, "Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-bada') berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku". (Firaq as-Syi'ah, hal. 84)

-Dalam hal ini.dinyatakan bahawa Allah telah 'TERSILAP' menamatkan riwayat ismail, anak kepada ja'afar! Bolehkah hal ini diterima akal?! Sedangkan Allah telah berfirman dalah surah at-Talaq ayat 12, "Dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu". Rujuk juga surah an-Nisa' ayat 176 dan Ali Imran ayat

Tahrif al-Quran:

-Aqidah tahrif quran ini telah diamalkan oleh Syi'ah. Mereka percaya bahawa al-quran yang ada sekarang ini TIDAK LENGKAP dan telah ditahrif oleh para sahabat. Mereka percaya bahawa mereka mempunyai mushaf mereka sendiri yang bernama mushaf Fatimah. Dan mushaf itu adalah 3 KALI GANDA TEBALNYA dari al-Quran yang ada sekarang.dan mereka percaya bahawa mushaf itu akan muncul bersama al-Mahdi Muntazar yang akan kembali di akhir zaman!

-Mereka mempercayai bahawa para sahabat telah murtad selepas kewafatan Rasulullah (rujuk aqidah Takfir Sahabat di atas) dan mereka percaya bahawa para sahabat yang mengumpulkan al-Quran telah menyelewengkan al-Quran untuk kepentingan sendiri.

-Orang yang mendakwa telah mengumpulkan al-Quran dengan lengkap adalah pembohong besar. Al-Quran sebagaimana yang diturunkan oleh Allah hanya dikumpul dan disimpan oleh Ali bin Abi Thalib dan imam-imam selepasnya (al-Kulaini; al-usul min al-kafi, hal. 228)

-Diriwayatkan bahawa Abu Hussain Musa menulis surat kepada Ali bin Suwaid ketika beliau di dalam penjara, "Janganlah kamu mencari agama orang yang bukan dari kalangan Syi'ahmu. Janganlah sesekali kamu suka kepada mereka kerana mereka adalah pengkhianat. Mereka telah mengkhianati Allah dan RasulNya dan telah mengkhianati amanah yang telah diserahkan kepada mereka.tahukah kamu apakah pengkhianatan yang dilsayakan terhadap amanah yang diserahkan itu? Mereka telah diamanahkan untuk mejaga kitab Allah (al-Quran) tetapi mereka telah memesongkannya dan menukar ganti isinya." (ar-Raudhah Min al-Kafi, hal. 125)

-Jika dinilai dari dua riwayat di atas.maka jelaslah bahawa syi'ah meragui Quran yang wujud pada masa kini.mereka mengatakan bahawa sahabat-sahabat yang mengumpul Quran menyelewengkannya.dan perkara ini telah temaktub dalam kitab hadith mereka; al-Usul Min al-Kafi yang menjadi kitab hadith utama bagi golongan mereka!

-Namun mereka masih membaca dan mengamalkan hukum hakam yang ada sekarang ini kerana mereka percaya mereka mesti menunggu sehingga kedatangan Imam Mahdi al-Muntazar (Imam ke-12 bagi pihak Syi'ah). Dan sementara menunggu akannya, maka selagi itu al-Quran yang digunakan sekarang adalah sah untuk digunakan. Tetapi hakikat sebenarnya,mereka menggunakan al-Quran sekarang ini dengan ragu dan penuh dengan kebencian kerana mereka masih menganggap bahawa Quran telah ditahrifkan.

Raj'ah:

-Jika golongan Rafidhah mempercayai akan wujudnya raj'ah. Syi'ah juga tidak terkecuali.

-Diriwayatkan daripada Ja'afar as-Shadiq, bahawa beliau berkata, "Tidak ada seorang nabi atau Rasul yang diutuskan Allah melainkan akan dikembalikan mereka semua ke dunia untuk berperang di hadapan Ali bin Abi Thalib." (Nur ats-Tsaqalain, Jil.1 Hal. 359 & al-Majlisil; Biharul Anwar, Jil. 13 Hal. 210)

-Al-Hurru al-'Amili berkata, "Di antara perkara yang menunjukkan ijma' para ulama Syi'ah mengenai raj'ah ialah persepakatan mereka dalam menerima hadith-hadith raj'ah sehingga tidak ada sebuah pun daripada kitab-kitab Syi'ah yang tidak menyebut tentang Syi'ah dan mereka (ulama Syi'ah) tidak pula mendha'ifkan walaupun satu hadith daripadanya, disamping tidak juga ditakwilkannya. Dari itu diketahui bahawa ulama Syi'ah meyakini dan beri'tiqad terhadap isi kandungannya kerana mereka selalunya akan mendha'ifkan setiap hadith yang bercanggah dengan apa yang telah sedia diterima atau mereka cuba mentakwilkannya jika didapati sesuatu hadith itu bertentangan dengan aqidah mereka." (al-'Iqaz Min al-Haja'ah, Hal. 42-43)

-Al-Majlisi berkata dalam kitabnya, Biharul Anwar selepas mengemukakan beberapa banyak riwayat-riwayat (Syi'ah) yang berkaitan raj'ah: "Ketahuilah wahai saudaraku, aku yakin bahawa engkau tidak akan lagi meragui lagi tentang raj'ah setelah aku menjelaskan kedudukannya yang telah diijma' oleh Syi'ah di setiap zaman dan kepercayaan tentangnya di kalangan mereka terlalu jelas dan umum bagaikan matahari di siang hari. Bagaimanakah seorang mu'min (Syi'ah) akan meragui kebenaran para imam mereka yang suci di dalam hadith-hadith mutawatir yang telah diriwayatkan oleh lebih daripada 200 orang dan telah diriwayatkan pula oleh lebih 40 orang tokoh-tokoh ulama yang dipercayai di dalam lebih daripada 50 karangan mereka masing-masing. " (al-Majlisi; Biharul Anwar, Jil. 13 Hal. 225)

Imamah:

-Golongan Syi'ah berpendapat bahawa orang yang tidak mempercayai konsep imamah adalah bukan Muslim Syi'ah, sebaliknya hanyalah Muslim yang biasa dan tidak setaraf berbanding dengan Muslim Syi'ah. Apakah yang mereka mahukan dengan mengamalkan konsep diskriminasi ini?

-Diriwayatkan daripada Abi Abdillah katanya, "Kamilah orang yang difardhukan Allah supaya ditaati. Setiap orang mesti mengenali kami. Tidak dimaafkan orang yang tidak mengenali kami. Orang yang mengenali kami adalah mu'min. Sesiapa yang tidak mengenali kami dan menolak kami, dia adalah kafir. Orang yang tidak mengenali kami dan tidak menolak kami dia adalah sesat, sehinggalah ia kembali kepada petunjuk yang Allah fardhukan ke atasnya iaitu kewajipan mentaati kami. Sekiranya ia mati dalam kesesatannya maka Allah akan melakukan apa yang dikehendakai-Nya terhadapnya." (al-Kulaini; al-Kafi, Jil. 1 Hal. 187)

-Diriwayatkan dari Jabir, beliau berkata: Aku mendengar Abu Ja'afar berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang mengenali Allah dan imam-Nya dari kalangan kami Ahlul Bayt sahaja yang mengenali Allah dan menyembah-Nya. Orang yang tidak mengenali Allah dan tidak mengenali imam-Nya dari kalangan kami Ahlul Bayt sebenarnya ia mengenali dan menyembah selain Allah. Demi Allah! Begitulah cara mereka sesat." (Ibid, Hal. 181)


Disusun oleh Ariff.Arifin

1 comments:

Unknown said...

Jazakallah Khaira, saya jadi lebih memahami hakikat bid'ah-nya paham Syiah. Semoga Allah memberikan hidayah bagi para ahlul bid'ah.