Siapa Mereka? Pengacau?Pemecah Belah?Atau talam dua muka?

Setelah beberapa lama membiarkan entry ini terperap di dalam draft saya.. Hari ini saya lepaskannya.. Dangkalkah saya kerana tidak bersetuju dengan Ustaz Rasul bin Dahri? Namun, tidakkah hina orang yang bermuka-muka? Apa yang dia cari, tidak saya ketahui..

KLIK GAMBAR DI ATAS

Gambar di atas saya petik dari laman Cbox yang merupakan host kepada chatbox yang saya sediakan di sidebar blog saya ini.

Kenapa saya letakkan gambar itu? Cuba perhatikan kepada dua nama yang saya highlightkan di situ. Mohd Faisal Omar dan JJ. Kenapa dengan mereka ya? JJ pernah datang ke blog ini dan cuba melakukan provokasi. Siapa pula Mohd Faisal Omar? Mohd Faisal Omar yang saya ketahui adalah pembantu kepada Ustaz Rasul bin Dahri dan tugas beliau adalah merakam dan menyediakan video kuliah Ustaz Rasul.

Apa kaitan mereka?

Sekarang perhatikan IP Adress mereka berdua. Sama? Ya. Memang sama. Jadi, adakah JJ dan Mohd Faisal Omar ini orang yang sama? Mungkin. Apakah tujuannya? Barangkali, tuan punya badan sahaja yang mampu menjawab.

Allahua'lam.

0 comments: