Kenyataan Rasmi V.O.L

Saya memilih untuk mengambil pendekatan yang sama seperti sahabat saya Abu Syu'aib bahawa kami berlepas diri dari blog yang bernama Takfir Ahbash yang bersifat ingin menimbulkan fitnah kepada manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sebenar.

Kerana setelah dinilai, ini bukanlah manhaj ASWJ. Sebaliknya, mereka berniat untuk menimbulkan fitnah kepada ASWJ. Dan kami percaya bahawa blog ini bukanlah dibina atau dibangunkan oleh mereka yang berada bersama di atas manhaj as-Salaf as-Soleh. Bahkan, wujud kemungkinan bahawa pembangun blog ini adalah dari golongan al-Ahbash sendiri.

Para ulama' ASWJ telah pun berfatwa ke atas kesesatan mereka melalui saluran dan kaedah yang betul sebagaimana disarankan oleh syara'. Dan penting untuk kita ketahui bahawa, kesesatan seseorang atau suatu kumpulan tidak semestinya menjadikannya kafir secara mutlak.

Sebaliknya, ia tertakluk kepada kaedah syara' iaitu إذا توفر الشروط وامتناع الموانع yakni untuk menghukum hanya apabila syarat sudah dipenuhi, yang menyebabkan tiada halangan untuk seseorang itu dihukum.

Dan penting sekali lagi, untuk saya tegaskan bahawa, kami berlepas diri dari akhlak yang sedemikian. Sebaliknya, kami menyeru agar kita sama-sama bersikap ilmiah dalam menentang kesesatan yang dibawa oleh jemaah al-Ahbash.

Allahua'lam.


إلى الله المستعان

Abu al-Fadhl

0 comments: