Got Nerve..?


Hari ini mendapat berita.. Rupa-rupanya ada orang tidak berpuas hati apabila DUA posting-nya telah saya padam di al-ahkam.net.

Saya tidak begitu ambil peduli.. Kerana malas untuk berurusan dengan orang yang tidak rasional. Yang akhirnya menyebabkan saya menjadi sakit kepala!

Siapa saya? Moderator hingusan? Mungkin ya.. Tapi perlu diingat, usia tidak jadi halangan untuk melaksanakan tanggungjawab. Tugas yang diberikan kepada saya akan saya pikul sebanyak mana saya mampu.

Dalam menjadi moderator AAN, saya mendahulukan prinsip AAN dan bukan mendahulukan kepentingan diri sendiri. Saya – seboleh-bolehnya – cuba mengelakkan dari menggunakan jawatan untuk kepentingan sendiri. Saya pernah menyaksikan bagaimana ada orang menggunakan autoriti untuk memadam segala posting yang tidak sependapat dengannya. Walau itu posting ilmiah sekalipun!

Akan tetapi saya bukan orang tersebut.

Wallahua’lam.

P.S: Jika tidak berpuas hati dan terlalu berang. Kalau perlu, datanglah bersemuka dengan saya. Usah jadi pengecut mengutuk di belakang. Bukankah itu ghibah namanya? Kenapa mesti tunjuk akhlaq yang buruk sedangkan sudah jadi contoh?

0 comments: