Rencah Ramadhan



Perasaan yang berdebar yang menebal bilamana menunggu tibanya ramadhan dulu, masih kekal sehingga hari ini. Setiap kali tiba ramadhan, akan ada rencahnya. Tapi tahun ini mungkin tidak sehangat tahun yang sudah. Tiada lagi tidur di masjid sementara menunggu qiam. Entah kenapa, pihak pengurusan masjid begitu bertegas untuk tidak membenarkan pelajar tidur masjid lewat hari ini. rasa ralat memang wujud. Seolah-olah suatu faktor-X(baca: X-factor) yang sinonim dengan dada UIAM itu ditarik-tarik. Masih terkenang-kenang,ramai bertadarus sehingga pukul 2-3 pagi sebelum solat bermula. Masih teringat halaqah bersama Syeikh Abdurrazzaq as-Sa’di bersama-sama anak Iraq di bahagian sebelah kiri masjid. Dapat juga curi-curi mendengar.

Apa yang menjadi satu kebimbangan besar kepada pihak pengurusan masjid masih tidak dapat dipastikan. Rasa pelik datang dan datang.

Sepatutnya, di waktu-waktu seperti inilah masjid dipromosikan. Digiatkan lagi ‘pemasarannya’ di hati pelajar. Di kala inilah sebolehnya masjid itu dihidupkan semahu-mahunya. Kenapa mesti ditutup? Inilah masalahnya dengan kita. Apabila dihidangkan dengan pintu yang terbuka luas. Kita sedaya upaya cuba menutupnya rapat-rapat. Sehingga akhir nanti. Orang akan menutup mata dengan apa yang ada disebalik pintu tersebut.

Kenapa begitu sukar sekali kita berinteraksi dengan Islam? Cuba memayahkan apa yang tersedia ada di depan mata.

Apa yang pasti, satu rencah sudahpun hilang. Namun Alhamdulillah, sikap proaktif oleh penduduk mahallah (atau sakan) Zubair sedikit sebanyak mengubat. Aktiviti seperti tadzkirah selepas tarawikh sekurang-kurangnya jadi makanan buat jiwa.

Wallahua’lam.

0 comments: