Ya-Sin Malam Jumaat: Antara Keperluan Adab dan Tuntutan Sunnah

Bismillahirrahmanirrahim

Matric cuti 2 minggu. Start from 11th Nov – 26th Nov. Tapi aku ‘kelik’ awal sikit aritu. Sebab aku takde ambik exam.

Hari ni pergi sembahyang kat masjid kat kampung. Ye la. Bukan tak pernah sembahyang. Tapi dek kerana jarang2 sekali balik ke kampung. Maka kurang la aku berjemaah di masjid. Alhamd Lillah. Cuti 2 minggu yang da nak habis ni aku manfaat sebaik2nya untuk gi masjid. Especially time Maghrib, Isya’ dan Subuh. Waktu lain tu ‘kureng’ sikit. Bukan sebab tak mahu pergi. Tapi aku ni takde ‘vehicle.’ Dan tambah lagi dengan cuaca kat Pantai Timur yang tercinta ni yang tak menentu langsung. Suasana yang memang mujahadah la bagi aku. Kadang2 hujan. Kadang2 panas tak terhingga. Tapi Alhamd Lillah. Kalu aku ade peluang time Zuhur dan ‘Asar aku pergi.

Ah ye. Sambung balik cite ‘aku sembahyang kat masjid’ td. Hehe. Arini gi semayang. Dan ada kejutan untuk aku. Kejutan yang menyebabkan aku tersepit antara adat dan as-Sunnah. Kejutan yang boleh wat aku kecut. Hehe. Ok. Sambung balik. Usai solat Maghrib. Tetiba je aku dihulurkan dengan surah Ya-Sin oleh Haji Mad Awang, bilal masjid kat kampung aku. Dengan terkedu, terkelu dan terkejut, aku menerimanya. Lupa nak cakap, biasanya hari2 lain lepas maghrib ada muzakarah Bimbingan Mu’minin karangan al-Imam al-Ghazali. Sebab tu aku terkejut. Aku ingat ‘gap’ Maghrib dan Isya’ hari ni kosong la. Tambah pulak hari ini, Haji Wahab-imam yang selalu conduct muzakarah tu takde. Tapi alih2,semua jemaah kat belakang aku da bentuk bulatan dan letak air kat tengah. Terdetik dalam hati aku. Alamak. Apa aku nak buat nih. Terfikir jugak. “Ade baiknya aku ‘blah’ saja dari majlis ni.” “tapi aku da ambik surah Ya-Sin tu. Takkan nak buat ‘dono’ pastu blah je.” “Tapi kalu ‘blah’ nak duduk katne? Tangga masjid? Orang cakap aku ni tak senonoh lak. Orang lain duk baca Ya-Sin. Aku leh selamba lak duk main2 kat tangga. Budak2 pun ikut sekali baca. Aku lak wat muka toye duk kat tangga?” *SIGH Lepas beberapa ketika, aku putuskan untuk duduk je sesame mereka. Ye la. Nak ‘blah’ pun tade faedah. Bapak aku join diorang sekali. Nak balik menapak? Aku jejak je tangga 1st kat umah aku. Orang da azan Isya’.

Pandangan aku mengenai bacaan Ya-Sin ni? Pandangan aku selari la dengan apa yang telah diperkatakan oleh alim-ulama. Ya-Sin memang patut dan perlu dibaca. Apatah lagi sesuai dengan martabat atau kedudukannya dalam Quran al-Karim. Cuma perkara ni mengundang persoalan bila adat dijadikan sebagai agama. Adat sudah tentu tidak akan menjadi sebahagian dari ad-Deen. Lebih2 lagi jika perkara itu adalah rekaan. Naudzubillahi Min Zalik. Bukankah sudah ada penerangan yang shahih dari Rasullah sendiri mengenai perkara2 rekaan ini?


Diriwayatkan dari ‘Ummul Mu’minin ‘Abdillah, ‘Aisyah R.Anha, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kita ini yang bukan bahagian darinya maka ia tertolak.”
[Bukhari dan Muslim]

Sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.
(Hadith ini termasuk dalam kategori Mutawatir, Ibn Hajar al-Asqalani ada membuat ulasan ke atas hadith ini dalam kitabnya Fath al-Bari)


Haiiii. Sudah jenuh mulut aku dan para sahabat menekan-nekan ayat ini: “Zaman Rasulullah S.A.W ada ke baca surahYa-Sin tiap2 malam Jumaat? Tak ada kan? Buat apa nak tokok tambah? [saya bagi penerangan ditambah dengan supportive details-especially Hadith insya Allah-supaya taklah nanti termangu2 mad’u saya-insya Allah]” Ada sahabat atau orang awam boleh menerima kata2 saya. Ada juga yang membalas: “Alaa. Zaman Nabi Allah S.A.W pun takde Mazhab2 ni akhi. Habis tu takkan lah bid’ah jugak Mazhab tu?”

Sesetengah orang maybe ‘panas telinga’ kalau orang menjawab macam ni. Dalam hati, rasa nak tunjal2 je kat dahi. Tapi kalau buat macam tu. Lagilah tak berhikmah. Hikmah. Ye. Satu aspek penting dalam da’awah. Jika takde hikmah. Da’awah tak akan berkesan. Jadi, usaha da’awah tu tak ubah macam antum bergurau dengan tembak orang pakai getah. Kalau kena, sakit sekejap. Tapi silap2 haribulan. Penembak boleh kena maki hamun. Sebab ape? Bergurau tak kena cara. Begitu juga da’awah. Tak kena cara. Lain hasilnya. Lain orang lain juga response-nya. Jadi kenalah tahan telinga kalau orang ‘menjawab’ macam kat atas tadi tu. Kalu perkara tu terjadi. Ada yang tak kena lagilah nampaknya. Dan masih banyak nak kena baiki. Sebaik2nya. Husnu Zhon dekat mad’u tu. Dia tak faham lagi. Hehe. Dan du’alah kat dia moga Allah bagi Taufiq dan Hidayah. Kat mereka. Yang paling penting. Never give up on them. That is the key.

Ok. So, arini-selepas sudah lama aku tak duduk lam majlis ‘bid’ah’ ni- aku join la jemaah masjid kat kampung aku baca Ya-Sin di malam Jumaat-dengan niat sekadar mengaji [boleh ke? Nanti aku tny Ustaz thtl or Sifoo Zain]. Dengan rasa tak ikhlasnya, aku pergi dan melabuhkan punggung aku bersama2 dalam usrah itu. Sebaik saje Imam, Haji Salleh memulakan bacaan. Jemaah lain pun ikut sama membaca. Aku dengan berat hatinya membuka mulut untuk turut serta. Mulut terkumat-kamit. Tapi ntah apa yg aku baca pun aku da tak ingat. Tapi aku elak dari turut sama berjemaah dengan mereka. Terasa macam semua pandangan mata menuju kat aku. Huish! Takut betul. Aku tak kisah sangat dengan apa yang diorang nak kat atau pandang serong kat aku. Sebab aku dah biasa dengan pandangan diorang kat aku. Sebelum ni pun diorang pandang aku macam pelik jugak. Sebab aku je [orang muda] yang pakai jubah putih [selain imam-bukan riya’-berkata benar semata-kat kampung aku diorang punya mindset camni-da balik dari Mekkah baru sesuai pakai jubah], serban hitam dan pakai celak. Pastu cara sembahyang aku yang pelik [bagi diorang la] especially bab letak tangan kat dada [waktu qiyam] dan gerakkan jari masa duduk dalam tashahhud. So aku ni kira macam ET [Extra-Terrestrial] jugak la kat masjid kampung aku tu. Hehe. Tapi aku tak kisah pun. Sebab aku dah ‘expect’ perkara ni berlaku. Aku terasa macam diorang dah letak syak la kat aku [ataupun aku sendiri je memang psycho! Haha!] yang aku ni masuk ajaran sesat atau tariqat. Sebab apa aku terasa camni? Sebab Pak Imam tanya aku study katne skang ni. Hehe.

Berbalik pasal cerita baca Ya-Sin tadi, aku terasa aku dah buat satu perkara yang mendatangkan musibah kat diri aku bilamana ikut serta. Sebab apa aku rasa macam tu? Mudah je. Sebab aku dah tahu amalan tu tak thabit dengan amalan Rasulullah S.A.W dan bid’ah manakala diorang tak tahu [aku cuba husnu zhon pada mereka. Moga Allah merahmati mereka dan aku.Insya Allah]. *SIGH Perasaan tu aku bawak sampai lah aku balik dan sampai ke rumah. Sampai sekarang. Masa aku tulis post ni pun. Perasaan tu tak hilang lagi. Heeeee. Mesti korang tanya atau cakap camni kan? “Dah tahu salah. Pasal apa tak tegur? Pastu boleh pulak duduk sekali?” Heh. *SIGH Relax. Cool. Aku ada sebab aku sendiri dan sebab ni pun bukan lah perkara sembarangan dan bolehkan aku pandang enteng. Tapi sebab yang sangat kukuh. Dan disebabkan ‘factor’ tu la aku terpaksa duduk dan ‘bertenang’ bersama jemaah masjid kampung aku dalam majlis ‘baca Ya-Sin malam Jumaat td.

Jazakumullahu Khairan Jazak.

Ariff Arifin
11/23/2006 10:12:30 PM
21400, Terengganu

0 comments: