Akhirnya: Siap Juga Rumahku


Alhamdulillah. ‘Rumah’ saya ini dibuka jua akhirnya. Walaupun sudah lama mendaftar, namun akibat beberapa kesulitan saya tidak dapat menyumbangkan tulisan dalam blog ini. Sebetulnya saya bukanlah penulis yang baik. Malah saya fikir saya tidaklah termasuk dalam kategori penulis. Mungkin kerana itulah saya lebih suka berforum dan berdiskusi di al-Ahkam, berbanding mengisi ruang-ruang kosong yang ada pada ‘rumah’ saya ini. Namun, sedikit ‘cemburu’ apabila melihat blog-blog rakan yang lain – terutamanya blog Ahmad al-Libi dan juga Masri. Mereka punya satu pentas untuk menyampaikan ilmu, namun saya?


Kerana itulah saya pupuk semula semangat saya agar membuka kembali ‘pintu rumah’ ini. Saya bermula dengan memperbaiki ‘interface’ blog saya dua bulan yang lalu. Kemudian kumpulkan hasil-hasil tulisan saya serta hasil terjemahan saya sebelum ini. Sebelum melakukan proses ‘editing’ yang sedikit menyusahkan. Dan kemudian mula melakukan ‘posting’. Alhamdulillah, kumpulan pertama tulisan-tulisan saya sudah selamat disiarkan di dalam ‘rumah’ saya ini. Moga dapat dimanfaatkan bersama.


Moga ‘pintu rumah’ saya ini akan selalu diketuk, kerana saya – sejujurnya – tidak pernah; dan tidak akan menutupnya.


Dan berdoalah untuk saya, agar moga terus membawa manfaat kepada ummah. Moga saya terus menjadi ‘arkitek’ Ummah. Insya Allah.


Bagi mereka yang datang menjengah. Ahlan wa sahlan saya ucapkan.


P.S: Minggu depan sesi pengajian akan bermula. Moga saya terus istiqamah dengan blog saya ini. Doakan saya!

4 comments:

BroSyarief said...

salam. arjukum fi amanillah.

lawanye rumah die.. mantap2!

tak perlu la pi banding dgn abg n masri punye. pi letak sebelah masri lak tuh. dia popular. ramai orang kenal. abg punye simple2 jer. jarang update plak tuh.

yg penting rajin update. pastu, perah kepala sendiri menulis. luahkan apa yg terasa di dalam hati. baru ramai orang nak baca.

he. ni tinggal nak promote kat orang je nih. insyaAllah, ramai je nanti yang singgah..

barakallahu fik

Ariff Arifin said...

hmmmm..tak setanding ke??he..saya rasa abe syarief lagi hebat..cuma zuhud je sikit..hehe..

masri macam biasa..always outstanding..

apapun..blog anda berdua adala motivator saya..

mcpah said...

salam..
blog ni menarik perhatian saya sambil2 saya sedang mencari kata2 hikmah buat sahabat baik yg sedang murung.

insya Allah, dgn niat suci utk menyampaikan ilmu & pendapat, saya akan menyokong perjuangan ini.

Codinger da Logician said...

assalamu'alaikum Wr.Wb..

hai,, kenalkan, nama saya anthoplara
dari Indonesia.
saya tertarik sekali dengan isi dari blog ini, dan saya berniat untuk mempublikasikan sebagian dari isi blog ini di web saya,,
akan tetapi saya tidak bisa untuk meng-copy tulisan di blog ini tanpa sepengetahuan si penulis..
oleh karena itu, pada kesempatan ini saya hanya ingin bersilaturahmi sekaligus meminta izin untuk meng-copy tulisan di blog ini
tolong konfirmasi ke anthoplara_smi@yahoo.com
trima kasih..!

wasallam..