Soalan:
Adakah memungkiri janji dengan seorang bukan Islam dibenarkan oleh Allah SWT? Telah berlaku perbualan di tempat kerja saya antara saya dengan seorang bukan Islam; iaitu seorang Kristian. Umurnya lingkungan 45 tahun dan saya 20 tahun. Saya sentiasa cuba untuk berlaku sopan di persekitaran kerja yang baru ini; tempat sama yang akan saya bekerja untuk 5 tahun yang akan datang.Insya Allah. Sebetulnya, lelaki tersebut telah cuba untuk mempengaruhi saya dengan agama Kristian melalui beberapa cara. Pertama, dia berlaku baik terhadap saya dan beberapa hari yang lalu mengajak saya berbicara mengenai al-Quran dan Bible. Dia berkata bahawa di dalam Bible, Ibrahim telah menyuruh isterinya Sarah untuk tidur dengan hamba mereka untuk mendapatkan anak, Ishak. Astaghfirullah! Saya menjawab bahawa ianya tidak benar! Kedua, dia meminta saya untuk membawa al-Quran. Katanya, dia mendengar banyak kisah yang hampir sama antara al-Quran dan juga Bible. Ketiga, dia bertanya samada saya berminat untuk ke gereja untuk melihat bagaimana keadaan mereka ketika bersembahyang. Pada ketika itu, saya terfikir bahawa tiada salahnya untuk ke gereja selagi mana saya tidak turut terlibat dalam upacara atau aktiviti keagamaan . Saya berkata, “Tentu sekali…” dan dia terus bertanya bilakah masa yang sesuai untuk saya ke sana. Selepas berfikir sejenak, saya berkata, “Apa tujuannya untuk saya pergi ke gereja sedangkan pada sesetengah masa saya sendiri tidak dapat ke Musolla atau ke Masjid untuk bersolat disebabkan oleh kerja saya?” Saya bersembahyang di tempat kerja saya kerana tiada Musolla atau Masjid yang berdekatan dengan tempat kerja saya. Dia berkata bahawa ianya cumalah untuk mengenali agama orang lain dan bukannya untuk bertukar agama atau lain-lain sebab.
Jawapan:
1 comments:
Salam Arif,
Saya lagi suka jika kita hendak belajar sesuatu, sbg contoh belajar mengenai kristian, kita belajar dari sudut pandangan,paradigma,penilaian seorang kristian.
Saya berpendapat jika kita belajar kristian dari pandangan seorang muslim, akan berlaku bias dan salah faham, salah tafsiran.
Apabila kita sudah tahu mengenai kristian dari kacamata penganut kristian sendiri, kita sudah mempunyai paradigma seorang kristian disamping juga paradigma lama kita sebagai seorang muslim.
Disini baru kita bandingkan paradigma yg mana lebih baik,lebih benar. Hanya dengan cara ini ilmu dapat dinilai dengan cara lebih objektif,logik dan lebih saintifik.
Post a Comment