Mengajak Orang Bukan Islam Kepada Kebaikan Dan Menegah Mereka Daripada Kemungkaran


Soalan: Apabila Rasulullah SAW mengarahkan kita untuk mengubah kemungkaran melalui tangan,lidah dan hati kita, adakah Baginda memaksudkannya hanya kepada orang Islam? Saya mengenali beberapa orang bukan Islam yang minum arak dan merokok. Adakah saya sepatutnya meminta mereka berhenti hanya kerana saya ingin menjadi manusia yang baik atau disebabkan seruan Rasulullah?

Dijawab oleh Sheikh Hasan Sâlih al-Humayd

Amar Ma’aruf dan Nahi Munkar adalah salah satu daripada tugas Islam yang jelas. Di dalam pelbagai manifestasinya, ianya dilaksanakan di kalangan orang Islam/


Bagi orang bukan Islam pula, perhatian sepatutnya tertumpu untuk memanggil mereka kepada Islam dan menyembah tuhan yang satu serta menegah kepada kesyirikan. Kita boleh bercakap kepada mereka tentang amalan-amalan mereka yang salah untuk menunjukkan kepada mereka sifat-sifat Islam yang menakjubkan, satu agama yang komprehensif yang mengambil berat akan kesihatan manusia dan maruah mereka serta menolak akhlak yang buruk. Ini boleh menjadi satu cara yang baik untuk menarik perhatian mereka kepada pembelajaran mengenai Islam dan membantu mereka memahami sesuatu mengenainya.

Walaubagaimanapun, jika seorang bukan Islam mampu menerima nasihat kita dan meninggalkan kemungkaran yang dia lakukan, ia tidak akan membawa sebarang faedah melainkan dia melakukannya berdasarkan kepercayaan yang benar terhadap Islam.

Dan Allah Maha Mengetahui.

Diterjemahkan oleh Ariff.Arifin

Artikel asal di www.islamtoday.com dengan tajuk Enjoining non-Muslims to what is right & forbidding them from what is wrong”

0 comments: