Penghinaan Syi’ah Terhadap Sahabat



"Ya Allah! Laknatilah dua berhala Quraisy, dua Jibtnya,dua Taghutnya, dua orang yang malang di kalangan mereka dan dua orang anak perempuan mereka. Mereka berdua telah melanggar perintahMu dan mengingkari wahyuMu, menolak kurniaanMu dan derhaka kepada RasulMu. mereka berdua telah mengubah agamaMu dan menyelewengkan kitabMu, mereka berdua telah menyintai musuh-musuhmu, menolak nikmat-nikmatMu, menghentikan hukum-hukumMu, tidak percaya pada janji-janjiMu, menentang kekasih-kekasihMu, menyokong musuh-musuhMu, merosakkan negaraMu, dan mengkhianati hamba-hambaMu. Ya Allah! Laknatilah mereka berdua, pengikut-pengikut mereka, pencinta mereka, golongan mereka, penyokong mereka…."

Itu adalah antara bait-bait “doa kepada Dua Berhala Quraisy”, yang managolongan Syi’ah menekankan kepentingan ke atasnya dan ulama Syi’ah menganggapnya sebagai satu doa yang sah! Ramai ulama Syi’ah yang menyenaraikan doa ini di dalam buku mereka, sebagai contoh: Al-Kaf'ami, Al-Kashani, Al-Nouri Al-Tubrisi, Asadallah Al-Haeiri, Murtada Hussain, Mandhoor Hussain, Al-Karkey, Al-damad Al-Hussaini, Al-Majlisi, Al-Tasaturi, Abu Al-Hassan Al-Amily, Abdullah Shubbar, Al-Haeiri, Mirza Habeeballah dan ramai lagi. Mereka semua adalah Ayatollah, iaitu pemimpin tertinggi fahaman Syi’ah.

Dan tidak terkecuali yang turut sama mengesahkan doa ini adalah Imam Khomeini mereka! Di dalam buku bernama Tuhfat al-Awam Maqbul, ulama-ulama berikut telah bersetuju di atas keshahihan doa tersebut:

1. Ayatollah Sayyed Muhsin Hakeem Al-Tabtiba'ei

2. Ayatollah Sayyed Abu Al-Qasim Al-Kho'ei

3. Ayatollah Sayyed Ruhullah Khomeini

4. Ayatollah Sayyed Mahmoud Al-Shamroudi

5. Ayatollah Sayyed Muhamed Kazim Shari'atmdar

6. Ayatollah Sayyed Ali Al-Naqi Al-Naqari

Diterjemahkan oleh Ariff.Arifin dari laman web Ansar al-Hussein dengan sedikit olahan.

0 comments: