Sedikit Nasihat Untuk Menyampaikan Islam Kepada Rakan Bukan Islam


Sedikit Nasihat Untuk Menyampaikan Islam Kepada Rakan Bukan Islam Dan Orang Yang Kurang Dikenali

Oleh: Sheikh Khâlid al-Sayf, professor di al-Imâm University

Ramai di kalangan kita mempunyai hubungan dengan orang yang berlainan agama dalam kehidupan seharian kita. Mereka mungkin rakan, orang yang kurang dikenali, atau rakan sekerja. Walau bagaimanapun, ada di antara kita mempunyai sedikit kesukaran untuk mendekatkan mereka kepada Islam. Kita berfikir: Apa yang boleh saya kata? Bagaimana saya boleh memberitahu dia bahawa agamanya adalah salah? Kekeliruan ini menyebabkan kita gagal untuk mengajar mereka mengenai Islam.


Sebagai Muslim, kita sepatutnya secara semulajadi berkeinginan untuk mengajar orang lain mengenai Islam. Kita tahu bahawa ini adalah tugas Rasulullah. Allah berfirman: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menur
utku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain." [Surah Yusuf: 108]


Kita tahu bahawa Nabi Muhammad SAW berkata kepada Ali bin Abi Talib: “Demi Allah! Sekiranya Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui dirimu; adalah lebih berharga bagi kamu daripada memeliki unta-unta merah.” [Shahih Bukhari (2724) dan Shahih Muslim (4423)]


Berikut cumalah beberapa perkara nasihat kepada mereka di kalangan kita yang berhajat untuk mendekati usaha yang mulia ini:


1. Pastikan anda memilih waktu yang sesuai untuk membangkitkan subjek mengenai Islam. Pastikan bahawa mad’u berada di dalam fikrah yang sesuai untuk membincangkannya.”


2. Elakkan perkara-perkara yang akan menyebabkan orang lain tidak selesa. Anda perlu lemah lembut dan menyesuaikan akhlak anda dan utarakan pelbagai isu dan persoalan sebagai seorang pencari kebenaran.


3. Jangan sesekali mengkritik atau menyerang kepercayaan orang lain. Itu adalah satu perkara yang tidak bijak. Ini mungkin meyebabkan orang lain lebih teguh dengan kepercayaannya dan mungkin merosakkan hubungan baik anda dengannya.


4. Elakkan daripada berbincang mengenai isu-isu yang kurang penting. Tidak kira bagaimana dia meminta untuk berbuat demikian, tekankan kepada dia bahawa perkara-perkara pokok dan asas adalah lebih perlu untuk dibincangkan dahulu dan ia tidak akan membawa kita kemana-mana untuk mendalami perkara-perkara cabang sedangkan isu utama masih belum difahami sepenuhnya.

Sebagai contoh, ia adalah salah untuk berbicara tentang mengapa Nabi Muhammad SAW mempunyai bilangan isteri yang ramai sebelum membincangkan mengenai konsep kerasulan dan apa tujuan Baginda menjadi seorang Rasul.


5. Biasakan diri dengan salah faham yang biasa mengenai Islam yang selalu disebarkan dan bagaimana untuk menjawabnya. Kebanyakan salah faham selalunya dikenali. Jika dia seorang Kristian, biasakan diri anda dengan dakwaan-dakwaan mengenai Islam yang disebarkan oleh kumpulan-kumpulan Kristian kepada pengikut-pengikut mereka. Kebanyakan salah faham ini telah pun menular sejak dahulu lagi.


6. Jika orang tersebut adalah Ahli Kitab, biasanya bagus untuk dimulakan dengan topic mengenai Rasul-Rasul yang terdahulu dan bagaimana kita mengetahui mereka adalah Rasul. Berbicaralah mengenai Musa AS dan Rasul-Rasul Bani Israel yang lain. Selepas itu, bangkitkan isu mengenai Nabi Muhammad SAW dan bicangkan bagaimana kerasulan Baginda dibentuk sebagaimana mereka-mereka sebelumnya. Sebaik sahaja kerasulan Baginda diterima, kemudian teruskannya dengan membenarkan kata-katanya mengenai Allah adalah benar.


Ini adalah lebih baik-mengikut pandangan saya-daripada cuba mempertikaikan konsep seperti Trinity, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak berpengetahuan mengenai kepercayaan mereka sendiri, yang mana menjadi kebiasaan masyarakat hari ini. Dan Allah maha mengetahui.


Terjemahan oleh Ariff.Arifin

Artikel asal di www.islamtoday.com dengan tajuk Some Advice for Conveying Islam to Non-Muslim Friends and Acquaintances”

0 comments: