Exam Mode

Bahang peperiksaan sudah mula terasa. Bahkan, di sesetengah universiti, kehangatannya sudah dapat dirasakan seawal 5 Syawal dahulu. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan.

Mungkin beberapa perkara akan mengganggu kita apabila tiba musim peperiksaan ini. Antaranya, mungkin kesukaran untuk menjawab soalan. Atau mungkin tekanan yang timbul ketika belajar dan mengulangkaji. Jadi di sini saya sertakan beberapa doa. Pertama, doa ketika menghadapi kesulitan, yang ma'thur daripada Rasulullah SAW. Berdasarkan sebuah hadith, yang mana Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa;


اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا و أنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hazna iza shi'ta sahla

Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan.

Hadith di atas dikeluarkan oleh Ibnu Sinni dan juga Ibnu Hibban. Dan Syeikh Nashiruddin al-Albani mengatakan hadith ini berpredikat shahih di dalam kitab beliau, al-Silsilah as-Shahihah.

Hadith ataupun doa itu juga direkodkan oleh al-Imam an-Nawawi di dalam kitab beliau, al-Adzkaar.

Dengarkan juga doa ini yang dibacakan oleh Syeikh Mishary ibn Rashid al-Efasy;





Dan bagi mereka yang tension ataupun stress ketika study, mungkin zikir ini sesuai untuk anda.

لا إله إلا الله العظيم الحليم، لا إله إلا الله رب العرش العظيم، لا إله إلا الله رب السماوات ورب الأرض، ورب العرش الكريم
La ilaha illallahul 'Adzimul Haleem, la ilaha illallahu rabbul 'arsyil adzim, la ilaha illallahu rabbus samaawaati wa rabbul 'ardhi wa rabbul 'arsyil kareem

Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah Penguasa Arsy yang besar. Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah Rabb langit, Rabb bumi dan Rabb Arsy yang mulia.

Dikeluarkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam shahihnya pada bab الدعاء عند الكرب; hadith 5870 dan juga al-Imam Muslim, juga dalam shahihnya pada bab دعاء الكرب; hadith 4909.


Dan semoga doa-doa yang dikongsi ini dapat dimanfaat bersama. Selamat berjaya! Doakan untuk saya juga.


Penghargaan:

Petikan doa adalah daripada blog Masri dan juga al-faisal dengan sedikit kemas kini.


Rujukan:

Maktabah Shamilah
al-Adzkaar; al-Imam an-Nawawi

0 comments: