Aktiviti Musim Cuti

Alhamdulillah. Peperiksaan akhir semester baru sahaja saya tamatkan. 7 kertas yang begitu memenatkan - dan juga mendebarkan. Segala puji bagi Allah yang mempermudahkan saya.

Insya Allah. Cuti kali ini akan diisi dengan program-program yang menarik. Jika anda dapt lihat. Saya ada menyediakan satu jadual ringkas pada sidebar blog ini mengenai program-program kelolaan INTIS yang akan dijalankan pada musim cuti akan datang di Institut al-Qayyim di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program-program tersebut adalah acara tahunan kelolaan INTIS dan juga Institut al-Qayyim. Dan ianya adalah pra-acara kepada program kemuncak iaitu Konvensyen Sunnah yang mana pada tahun ini sudah mencapai umur 3 tahun.

Pada perkiraan saya, ramai yang sudah maklum mengenai acara Konvenseyen Sunnah. Jadi, tidak rugi jika saya tidak menyentuh mengenainya dengan begitu mendalam. Saya lebih berminat untuk memperkatakan mengenai Daurah Musim Cuti IV yang akan diadakan pada 20-22 November. Bagi saya, pengisian daurah pada tahun ini adalah yang terbaik. Jika selama ini, daurah yang diadakan memfokuskan kepada proses pembelajaran semata-mata. Namun kali ini, dengan sedikit perubahan. Peserta akan dapat melakukan kerja lapangan untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diterima. Maka, kali ini, boleh dianggap bahawa daurah kali ini akan 'memaksa' peserta untuk benar-benar mengaplikasikan ilmu yang diterima. Tiada lagi proses 'dengar dan dengar'. Yang ada ialah, 'dengar, terima, dan praktik'.

Ya. Praktikkan ilmu yang diterima dalam segala gerak kerja da'awah. Kerana tujuan utama daurah dianjurkan adalah untuk menyediakan da'ie-da'ie muda dalam aspek dan method da'awah yang betul. Mungkin selama ini, rakan-rakan da'ie mungkin belum jelas akan halatuju serta method da'awah yang betul berdasarkan kefahaman manhaj salafussoleh. Maka, daurah ini akan menjadi platform terbaik untuk menghilangkan kekeliruan itu.

Barisan panelis yang dihidangkan juga adalah yang terbaik. Masing-masing sudah punya kefahaman yang jelas dan jitu. Dengan dibarisi nama-nama besar seperti Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Ustaz Abdul Rasyid Idris, Ustaz Abdul Kadir bin Sahak, Ustaz Zain YS dan lain-lain. Sewajarnya untuk rakan-rakan tidak melepaskan peluang ini.

PENDAFTARAN boleh dibuat dengan menghantarkan butir-butir berikut;

1) Nama
2) No Telefon

3) Alamat

4) No KP

5) E-Mel

6) IPTA/S
7) Bidang Pengajian


Kepada Aiman : 019-3827525 atau intisurus@gmail.com


Maklumat lanjut boleh dirujuk di weblog INTIS.

Allahua'lam


Abu Fadhl

0 comments: