Omongan





Keadaan: Demam, Batuk & Sakit Tekak
Lokasi: Cyber Cafe

Terlalu banyak yang ingin saya coretkan. lebih-lebih lagi selepas kepulangan dari Daurah Musim Cuti serta Konvensyen Sunnah. Begitu banyak hal yang menghenyak fikiran, memaksa saya menulis. Bahkan, sudah ada beberapa cebis artikel saya siapkan. Coretan di IQ sudah saya siapkan, dan insya Allah, akan saya entrykan selewat-lewatnya isnin ini. Begitu juga beberapa artikel lain. Cuma mungkin belum masanya saya tatapkan kepada umum. Ada di kalangan artikel itu cuma sesuai untuk bacaan tertutup. Insya Allah, tiba masanya saya akan masukkan ke sini.

Juga artwork terbaru DMC IV dan Konvensyen Sunnah. Akan saya entrykan di sini sedikit masa lagi.

Keputusan sudah keluar. Saya kira keputusan saya berada di tahap sederhana. Dan perlu bekerja lebih keras semester hadapan untuk kekalkan (malah tingkatkan) apa yang saya ada hari ini. Sedikit tersasar dari apa yang saya harapkan. Apapun, redha.

Selain keputusan peperiksaan, ada beberapa hal yang bersarang dalam benak fikir saya waktu ini. Perihal seorang teman yang punya masalah, juga seorang lagi teman yang turut punyai kesulitan. Apapun saya harap mereka berdua terus bersabar. Sembuh dari kesakitan, emosi dan fizik.





O ye who believe! persevere in patience and constancy: vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah; that ye may prosper
(Ali Imran: 200)


Saya dalam usaha merangka usaha da'awah untuk semester hadapan. Sudah kelihatan beberapa situasi yang memungkinkan beberapa program di dalam fikiran saya ini ditulis di atas kertas. Insya Allah. Tiba masanya, akan saya umumkan.

Mengenai laman baru, insya Allah akan bermula tidak lama lagi. Ada kejutan untuk pejuang Sunnah sekalian.

Apapun, beberapa ide sudah mula tampak hasilnya. daripada tiga, dua sudah mula berjalan. insya Allah. Akan saya khabarkan apabila saya sudah cukup bersedia. Allahua'lam

Abu Fadhl

1 comments:

Unknown said...

terlampau banyak pekara pula yang "maulana" rahsiakan dalam coretan kali ini. mugkin kerana kesuntukan waktu atau keadaan kesihatan yang merumitkan. apa pun doa dari utara semoga dilindungi Allah hendaknya. amen