Ini Cerita Lama...

CERITA INI SAYA TULIS SEMINGGU YANG LEPAS

Tempat: Dewan Institut al-Qayyim

Situasi: Demam & Sakit Tekak

Konvensyen Sunnah melabuhkan tirai. Selepas seminggu, akhirnya program tamat. Dengan cuti masih berbaki seminggu. Sudah pasti akan digunakan untuk berehat. Saya ada banyak perkara yang hendak saya tulis.

“To write something that you imagine is not as easy as picture it in your mind. Sometimes, you better kept it rather than displayed it to others.”

Ya. Kadang-kadang sukar untuk menulis apa yang digambarkan. Lebih mudah untuk cuma menyimpan apa yang tergambar berbanding menuliskannya. Namun, sedikit sebanyak, saya akan cuba coretkan sebahagian yang saya ingati – dan sukai.

Daurah Musim Cuti

Daurah Musim Cuti begitu ilmiah – dan menggembirakan – kerana banyak yang dapat dipelajari. Namun, ianya jadi kurang menggembirakan apabila saya terlibat dengan pengurusan. Saya tidak rasa saya orang yang layak untuk berada di kerusi pengurusan. Mungkin selepas ini saya patut dibiarkan di kerusi teknikal mengenangkan saya memang tidak berbakat dalam aspek pengurusan.

Mungkin kerana saya dari golongan yang ‘mendengar dan melaksanakan’ arahan daripada ‘memberi’ arahan. Saya memang tidak reti. Itu sebagai penegasan.

Apapun, pengisian seperti HARIS, perbincangan kumpulan dan perbentangan, serta Gegaq Da’awah memang menarik – bahkan – menakjubkan. Rasanya boleh dikekalkan pada DMC akan datang. Mungkin ada yang bertanya, “Apa semua tu?”

Jawapan saya, mungkin anda semua perlu menyertainya dahulu. Kemudian baru merasai. Kerana mungkin sahaja pandangan saya berbeza daripada pandangan anda.

HARIS adalah abreviasi kepada Halaqah Riyadus Sholihin. Dan Modus Operandinya seperti ta’alim hadith. Dan Gegaq Da’awah adalah hasil daripada pembentangan idea da’awah. Modus Operandi? Da’awah melalui tulisan. Sebarkan risalah.

Konvensyen Sunnah

Kali ini saya terlibat secara langsung dengan Konvensyen Sunnah. Membantu Ustaz Zain YS menyediakan siaran secara langsung majlis di internet. satu pengalaman yang amat menarik. Lebih-lebih lagi kerana dapat bekerjasama dengan Ustaz Zain. Namun, kerja kami sedikit terganggu akibat talian internet yang kurang memuaskan. Berlawanan dengan apa yang kami harapkan sewaktu melakukan persediaan. Talian internet yang gagal berfungsi menyebabkan kami hanya mampu menyediakan siaran tertunda kepada penonton.

Namun, Konvensyen Sunnah tetap jadi suatu pengalaman yang menggembirakan. Dapat bertemu dengan tokoh-tokoh. Selain dapat berkumpul bersama guru-guru saya. Antara yang hadir memeriahkan konvensyen kali ini adalah al-Fadhil Dr Radzi Othman, Dr Azwira Abd Aziz, Ustaz Fadhlan Othman, Ustaz Razali Tahir, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, dan beberapa lagi nama besar.

Semoga Konvensyen Sunnah yang akan datang bakal menjadi suatu ijtima’ yang lebih hebat dan ilmiah. Insya Allah.

---------------------------------------------------------------------------

Ucapan terima kasih buat rakan-rakan yang bertungkus lumus menjadikan Konvensyen Sunnah kali ke-3 sesuatu yang hebat. Dan menjadikan seminggu waktu ‘lepak’ saya di IQ sesuatu yang menarik dan berharga.

Kerana sesungguhnya saya mengenal bahawa persahabatan adalah sesuatu yang berharga dari mereka.

“We need old friends to help us grow and new friends to help us stay young.”

Terlalu banyak nama untuk dicoretkan. Saya cuma mampu menyenaraikan sedikit. Dan moga mereka terus dikasihi dan dirahmati oleh Allah. Jazakumullahu Khairan Jazak

Fitri (Ustaz Wan Shaghir JR)

Ustaz Zain YS

Abang Kadir

Abang Pian (Master Wordpress)

Abu Syu’aib

Abang Razzaq

Eazle & Ika

Qayyum

Faridz

Semua petugas & peserta DMC IV

P/S: Ini cerita dua minggu yang lepas. Sekarang sudah balik ke UIAM. Bacaan imam masjid (yang boleh dimasukkan dalam kategori sedap) sewaktu berjemaah menggetarkan hati walaupun bacaannya tidak dapat menandingi Mishary mahupun as-Sudais. Rupanya aku rindu dengan keadaan di masjid UIA. Jumpa sahabat-sahabat (melayu, foreigner, etc.) Baru sedar yang dah agak lama tak berjemaah di masjid sewaktu Maghrib dan Isya’. (Kira-kira) sudah lebih sebulan. Cuti selama 3 minggu + Peperiksaan selama 2 minggu (yang mana masa banyak dihabiskan di musolla mahallah).

0 comments: