Omong 0

Gembira menghadiri program tabarru’ bersama Mufti Perlis. Gembira kerana dapat berjumpa dengan Ustaz Razali dan ‘suaranya’ yang dirindui. Suara yang menyebabkan hati jadi bergetar dengan alunan surah Luqman, Qaf serta al-Hadid. alunan suara merdu, dan jelas bacaannya. Sekurang-kurangnya rindu terubat.

Teringat katanya petang tadi (dalam loghat Terengganu), “Mane enta ni. Tegelang (tenggelam) timbul?”

Saya tidak tenggelam. Masih di sini ustaz. Namun. Entah bila agaknya hendak timbul. Wallahua’lam.

Sudah bercadang-cadang menghabiskan masa cuti di tempat ustaz. Insya Allah.

********************

Namun ada kegusaran disebabkan perkara lain. Sedih. Sedih. Dan sedih. Dan sedih.

0 comments: