Showing posts with label terjemahan. Show all posts
Showing posts with label terjemahan. Show all posts

Kami menyediakan sahur - Adakah kami akan mendapat ganjaran yang sama seperti mereka yang bersolat?

Soalan: Apakah ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang sibuk di lewat malam menyediakan makanan untuk bersahur kepada orang lain? Ketika orang lain berada di masjid atau di bilik masing-masing menunaikan tahajjud, mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk orang lain terlalu sibuk untuk menunaikan perkara-perkara tersebut. Sesetengah daripada mereka mungkin sempat untuk menunaikan beberapa rakaat solat bersendirian, akan tetapi mereka tentu sekali akan terlepas untuk berjemaah dan mereka tidak akan dapat bersolat sebagaimana orang-orang yang disediakan makanan. Sudah tentu orang yang menyediakan makanan tidak akan dapat beri’tikaf di dalam masjid – tetapi akan memberi makan kepada mereka yang beri’tikaf.


Dijawab oleh Sheikh Sulayman al-`Isa, profesor di Universiti al-Imam, Riyadh


Mereka yang terhalang daripada menunaikan sembahyang malam disebabkan mereka terpaksa menyediakan makanan sahur akan menerima ganjaran yang sama seperti menunaikan sembahyang. Sebetulnya, mereka mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih hebat untuk diri mereka atas tugas yang mereka tunaikan kepada mereka yang bersolat.

Terdapat bukti dalam Sunnah mengenai ganjaran ini. Antaranya, Anas meriwayatkan yang berikut:

Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu pengembaraan (safar). Sesetengah daripada kami memilih untuk berpuasa di manakala yang lain memilih untuk menahan daripada berpuasa (berbuka) memandangkan kami sedang mengembara (bersafar).

Pada hari yang sangat panas, kami berkhemah di satu tempat. Mereka yang berpuasa benar-benar letih dan tidak mampu untuk melakukan apa perkara. Mereka yang memilih untuk tidak berpuasa mendirikan khemah dan memberi minum binatang.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Mereka yang menahan diri daripada berpuasa mendapat ganjaran pada hari ini.” [Sahîh al-Bukhari (2890) and Sahîh Muslim (111)]

Dalam pada masa yang sama, orang yang menyediakan makanan sahur di bulan Ramadhan perlu melakukan apa yang terbaik untuk menunaikan solat di malam hari – walaubagaimanapun secara ringkas. Sekiranya mereka di kalangan orang yang menunaikan solat secara berjemaah, mereka perlu cuba untuk sekurang-kurang berwitir bersama-sama imam di masjid, dalam usaha untuk mendapatkan ganjaran bersolat sepanjang malam – yang datang dengan menghabiskan solat dengan imam.


Dan Allah Maha Mengetahui.

Artikel asal di islamtoday.com

Dia telah berjanji dengan Kafir untuk ke gereja bersamanya

Soalan:

Adakah memungkiri janji dengan seorang bukan Islam dibenarkan oleh Allah SWT? Telah berlaku perbualan di tempat kerja saya antara saya dengan seorang bukan Islam; iaitu seorang Kristian. Umurnya lingkungan 45 tahun dan saya 20 tahun. Saya sentiasa cuba untuk berlaku sopan di persekitaran kerja yang baru ini; tempat sama yang akan saya bekerja untuk 5 tahun yang akan datang.Insya Allah. Sebetulnya, lelaki tersebut telah cuba untuk mempengaruhi saya dengan agama Kristian melalui beberapa cara. Pertama, dia berlaku baik terhadap saya dan beberapa hari yang lalu mengajak saya berbicara mengenai al-Quran dan Bible. Dia berkata bahawa di dalam Bible, Ibrahim telah menyuruh isterinya Sarah untuk tidur dengan hamba mereka untuk mendapatkan anak, Ishak. Astaghfirullah! Saya menjawab bahawa ianya tidak benar! Kedua, dia meminta saya untuk membawa al-Quran. Katanya, dia mendengar banyak kisah yang hampir sama antara al-Quran dan juga Bible. Ketiga, dia bertanya samada saya berminat untuk ke gereja untuk melihat bagaimana keadaan mereka ketika bersembahyang. Pada ketika itu, saya terfikir bahawa tiada salahnya untuk ke gereja selagi mana saya tidak turut terlibat dalam upacara atau aktiviti keagamaan . Saya berkata, “Tentu sekali…” dan dia terus bertanya bilakah masa yang sesuai untuk saya ke sana. Selepas berfikir sejenak, saya berkata, “Apa tujuannya untuk saya pergi ke gereja sedangkan pada sesetengah masa saya sendiri tidak dapat ke Musolla atau ke Masjid untuk bersolat disebabkan oleh kerja saya?” Saya bersembahyang di tempat kerja saya kerana tiada Musolla atau Masjid yang berdekatan dengan tempat kerja saya. Dia berkata bahawa ianya cumalah untuk mengenali agama orang lain dan bukannya untuk bertukar agama atau lain-lain sebab.

Dalam perjalanan pulang, saya terfikir bahawa lelaki ini sangat licik. Dia kelihatan seperti seorang yang peramah tetapi sebaliknya cuba untuk menarik saya ke agamanya secara halus. Sebagai seorang Islam, saya percaya kepada Allah dan Dia lah satu-satunya yang dapat membantu saya. Allah Maha Mengetahui apa yang saya rasa dan fikir.

Jawapan:

Segala puji kepada Allah.

Kami telah memanjangkan soalan ini kepada Syeikh Abdullah bin Jibrin (semoga Allah melindungi beliau), yang mana telah menjawab seperti berikut:

Adalah tidak dibenarkan untuk dia pergi ke gereja, kerana ini melibatkan penghormatan dan pengkaguman kepada perkara tersebut, dan mendedahkan dia kepada peningkatan sesuatu yang menyerupai Syirik dan sepertinya.dia perlu memungkiri janji itu dan menjelaskan peraturan ini kepada kafir tersebut supaya dia akan faham mengapa orang Islam perlu memungkiri janjinya. Dan Allah Maha Mengetahui.

Syeikh Abdullah bin Jibrin

Mengajak Orang Bukan Islam Kepada Kebaikan Dan Menegah Mereka Daripada Kemungkaran


Soalan: Apabila Rasulullah SAW mengarahkan kita untuk mengubah kemungkaran melalui tangan,lidah dan hati kita, adakah Baginda memaksudkannya hanya kepada orang Islam? Saya mengenali beberapa orang bukan Islam yang minum arak dan merokok. Adakah saya sepatutnya meminta mereka berhenti hanya kerana saya ingin menjadi manusia yang baik atau disebabkan seruan Rasulullah?

Dijawab oleh Sheikh Hasan Sâlih al-Humayd

Amar Ma’aruf dan Nahi Munkar adalah salah satu daripada tugas Islam yang jelas. Di dalam pelbagai manifestasinya, ianya dilaksanakan di kalangan orang Islam/


Bagi orang bukan Islam pula, perhatian sepatutnya tertumpu untuk memanggil mereka kepada Islam dan menyembah tuhan yang satu serta menegah kepada kesyirikan. Kita boleh bercakap kepada mereka tentang amalan-amalan mereka yang salah untuk menunjukkan kepada mereka sifat-sifat Islam yang menakjubkan, satu agama yang komprehensif yang mengambil berat akan kesihatan manusia dan maruah mereka serta menolak akhlak yang buruk. Ini boleh menjadi satu cara yang baik untuk menarik perhatian mereka kepada pembelajaran mengenai Islam dan membantu mereka memahami sesuatu mengenainya.

Walaubagaimanapun, jika seorang bukan Islam mampu menerima nasihat kita dan meninggalkan kemungkaran yang dia lakukan, ia tidak akan membawa sebarang faedah melainkan dia melakukannya berdasarkan kepercayaan yang benar terhadap Islam.

Dan Allah Maha Mengetahui.

Diterjemahkan oleh Ariff.Arifin

Artikel asal di www.islamtoday.com dengan tajuk “Enjoining non-Muslims to what is right & forbidding them from what is wrong”

Sedikit Nasihat Untuk Menyampaikan Islam Kepada Rakan Bukan Islam


Sedikit Nasihat Untuk Menyampaikan Islam Kepada Rakan Bukan Islam Dan Orang Yang Kurang Dikenali

Oleh: Sheikh Khâlid al-Sayf, professor di al-Imâm University

Ramai di kalangan kita mempunyai hubungan dengan orang yang berlainan agama dalam kehidupan seharian kita. Mereka mungkin rakan, orang yang kurang dikenali, atau rakan sekerja. Walau bagaimanapun, ada di antara kita mempunyai sedikit kesukaran untuk mendekatkan mereka kepada Islam. Kita berfikir: Apa yang boleh saya kata? Bagaimana saya boleh memberitahu dia bahawa agamanya adalah salah? Kekeliruan ini menyebabkan kita gagal untuk mengajar mereka mengenai Islam.


Sebagai Muslim, kita sepatutnya secara semulajadi berkeinginan untuk mengajar orang lain mengenai Islam. Kita tahu bahawa ini adalah tugas Rasulullah. Allah berfirman: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menur
utku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain." [Surah Yusuf: 108]


Kita tahu bahawa Nabi Muhammad SAW berkata kepada Ali bin Abi Talib: “Demi Allah! Sekiranya Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui dirimu; adalah lebih berharga bagi kamu daripada memeliki unta-unta merah.” [Shahih Bukhari (2724) dan Shahih Muslim (4423)]


Berikut cumalah beberapa perkara nasihat kepada mereka di kalangan kita yang berhajat untuk mendekati usaha yang mulia ini:


1. Pastikan anda memilih waktu yang sesuai untuk membangkitkan subjek mengenai Islam. Pastikan bahawa mad’u berada di dalam fikrah yang sesuai untuk membincangkannya.”


2. Elakkan perkara-perkara yang akan menyebabkan orang lain tidak selesa. Anda perlu lemah lembut dan menyesuaikan akhlak anda dan utarakan pelbagai isu dan persoalan sebagai seorang pencari kebenaran.


3. Jangan sesekali mengkritik atau menyerang kepercayaan orang lain. Itu adalah satu perkara yang tidak bijak. Ini mungkin meyebabkan orang lain lebih teguh dengan kepercayaannya dan mungkin merosakkan hubungan baik anda dengannya.


4. Elakkan daripada berbincang mengenai isu-isu yang kurang penting. Tidak kira bagaimana dia meminta untuk berbuat demikian, tekankan kepada dia bahawa perkara-perkara pokok dan asas adalah lebih perlu untuk dibincangkan dahulu dan ia tidak akan membawa kita kemana-mana untuk mendalami perkara-perkara cabang sedangkan isu utama masih belum difahami sepenuhnya.

Sebagai contoh, ia adalah salah untuk berbicara tentang mengapa Nabi Muhammad SAW mempunyai bilangan isteri yang ramai sebelum membincangkan mengenai konsep kerasulan dan apa tujuan Baginda menjadi seorang Rasul.


5. Biasakan diri dengan salah faham yang biasa mengenai Islam yang selalu disebarkan dan bagaimana untuk menjawabnya. Kebanyakan salah faham selalunya dikenali. Jika dia seorang Kristian, biasakan diri anda dengan dakwaan-dakwaan mengenai Islam yang disebarkan oleh kumpulan-kumpulan Kristian kepada pengikut-pengikut mereka. Kebanyakan salah faham ini telah pun menular sejak dahulu lagi.


6. Jika orang tersebut adalah Ahli Kitab, biasanya bagus untuk dimulakan dengan topic mengenai Rasul-Rasul yang terdahulu dan bagaimana kita mengetahui mereka adalah Rasul. Berbicaralah mengenai Musa AS dan Rasul-Rasul Bani Israel yang lain. Selepas itu, bangkitkan isu mengenai Nabi Muhammad SAW dan bicangkan bagaimana kerasulan Baginda dibentuk sebagaimana mereka-mereka sebelumnya. Sebaik sahaja kerasulan Baginda diterima, kemudian teruskannya dengan membenarkan kata-katanya mengenai Allah adalah benar.


Ini adalah lebih baik-mengikut pandangan saya-daripada cuba mempertikaikan konsep seperti Trinity, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak berpengetahuan mengenai kepercayaan mereka sendiri, yang mana menjadi kebiasaan masyarakat hari ini. Dan Allah maha mengetahui.


Terjemahan oleh Ariff.Arifin

Artikel asal di www.islamtoday.com dengan tajuk “Some Advice for Conveying Islam to Non-Muslim Friends and Acquaintances”

Alasan Kenapa Khinzir Diharamkan

Soalan: Kenapakah Muslim diharamkan daripada memakan daging khinzir?


Dijawab oleh Sheikh Sâmî al-Mâjid


Ilmuwan dan saintis telah memberikan banyak alasan untuk menerangkan mengenai pengharaman daging khinzir. Kesemua alasan ini berkaitan dengan kewujudan najis dan penyakit.


Adalah diketahui bahawa khinzir memakan benda-benda najis. Ini sudah cukup untuk membuatkan kita mengelakkan serta menjauhkan diri daripadanya. Ia adalah tidak menyihatkan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pengamal perubatan, disebabkan oleh cacing pita yang tinggal di dalamnya dan banyaknya parasit yang berada di dalam dagingnya.


Betty Wadicson berkata: “Kesan daripada parasit-parasit ini biasa terdapat di sesetengah tempat seperti Perancis, Jerman, Itali dan Britain tetapi amat jarang didapati di kebanyakan negara timur kerana ianya adalah diharamkan bagi penduduknya untuk memakan daging khinzir.”


Ianya adalah amat mustahil untuk menentukan bahawa terdapatnya khinzir yang bebas dari cacing yang merbahaya tanpa melalui pemeriksaan setiap bahagian tubuhnya di bawah mikroskop, yang mana ianya adalah tidak praktikal dan mahal.


Cacing betina mampu menghasilkan sejumlah 1500 telur di bahagian dalam mebran mukus bahagian pencernaan pada badan yang dijangkiti yang kemudian akan dipindahkan melalui darah kepada keseluruhan bahagian badan. Setakat ini masih tiada ubat pencegahan penyakit kepada mereka yang memakan daging khinzir.


Daging khinzir juga menjangkitkan manusia dengan beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keracunan makanan dengan lecuran teruk pada organ pencernaan yang akan meyebabkan kematian dalam masa beberapa jam. [Rujuk Rûh al-Dîn al-Islamî oleh `Afif Tabarah (437-438)]


Lebih dari itu, tiada siapa yang mampu menidakkan bahaya lain yang mungkin wujud.


Sayyid Qutb, seorang ilmuwan terkenal, berkata: “Sesetengah manusia mungkin menyatakan bahawa peralatan masakan moden mampu menghapuskan kewujudan cacing-cacing ini dengan menggunakan suhu yang tinggi, akan tetapi mereka alpa dengan fakta bahawa ia mengambil berkurun lamanya untuk mereka mengetahui tentang wujudnya satu penyakit. Siapa yang boleh menjamin bahawa tiada lagi penyakit yang bakal ditemui di dalam daging khinzir? Adakah kita tidak sepatutnya mempercayai undang-undang suci yang telah mendahului sains manusia semenjak kurun yang ke 10 dan membiarkan ia memberi kita penyelesaian ke atas perkara yang berkaitan? Adakah kita tidak sepatutnya berpegang kepada undang-undangnya yang mana halal dan haram datang dari Tuhan kita yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui?”

Diterjemahkan oleh Ariff.Arifin


Artikel asal di www.islamtoday.com dengan tajuk “Why is it forbidden for Muslims to eat pork?”