Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Eid Mubarak | Syawal 1429H


'Eid Mubarak! Semoga Allah menerima amal-amal soleh kita semua. Bersama-sama menghidupkan 'Eid dengan Sunnah al-Mustofa SAW. -Ariff.Arifin

اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Sunnah 'Eid yang Hampir Dilupakan
Seputar Zakat Fitrah dan Hari Raya ‘Iedul Fitri: Samahat as-Syeikh Shalih Ibn Utsaimin
Bida'ah Hari Raya 6 (Hari Raya Abrar)
Hukum Seputar 'Eid al-Fitri
Meneladani Nabi SAW dalam menyambut 'Eid al-Fitri
Tuntunan para Salaf dalam bertakbir di 'Eid al-Fitri: Fadhilat as-Syeikh Ali bin Hasan al-Halaby

Omong 0+0

Menu berbuka hari ini ‘menggamatkan’ jiwa. Gulai kambing dan ikan keli bakar sudah cukup untuk membangkitkan selera. Namun tak semena-mena teringat kepada madghut serta makaruna (spaghetti) di Mahallah az-Zubair. Apa agaknya dua benda ini ya?

Madghut (مضغوط) berasal dari perkataan الضغط yang membawa maksud tekanan. Kata Abu Zubair, ia dikaitkan dengan cara memasak nasi ini, yang dimasak dalam periuk tekanan. Dan memang benar, ia dimasak di dalam periuk tekanan bersama-sama rempah serta lahm (الحم) atau daging. Sayangnya, yang dimasak di sini bersama-sama daging lembu. Kalau ada daging kambing tentu lebih menarik. Harga? RM6 untuk satu polystyrene penuh. Sudah dikira murah jika hendak dibanding dengan harga di mat’am arabi di luar UIA. Murah 2 hingga 3 kali ganda. Mana mahu cari?

Makaruna atau spaghetti makanan ‘asasi’ saya sewaktu ramadhan kali ini. Purata sebanyak 2-3 hari sekali pasti akan saya beli. Rasa daging yang sebati dengan sos. Harga? Agak mahal. Saya tidak tahu bagaimana pak arab itu meletakkan harga. Cuma jika satu polystyrene yang hampir penuh dan ditambah dengan beberapa ketul daging rebus, boleh mencecah hingga RM6.50. Masih lagi murah jika hendak disbanding dengan harga biasa di luar UIA. Samosa yang digoreng rangup itu harganya Cuma 70 sen. Isinya daging cincang dan kentang.

Kenapa agaknya tiba-tiba bercakap mengenai makanan? Tiada sebab khusus. Cuma terasa ingin berbuat demikian. Kemungkinan selepas Ramadhan ini, gerai Arab itu sudah lesap. Apa salahnya berkongsi cerita.

******************************

Tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa satu Syawal adalah bersamaan dengan 1 Oktober 2008. Maknanya, hari Rabu, umat Islam Malaysia akan menyambut ‘Eid al-Fitri atau Hari Raya Puasa. Dalam artikel sebelum ini, telah saya cuba tekankan peri penting untuk meneruskan semangat Ramadhan, bukan sahaja ke bulan Syawal, bahkan bulan-bulan yang seterusnya.

******************************

Teruskan bergembira dengan kedatangan Syawal. Namun - jika tidak mampu menangisi - maka janganlah lupa untuk sekurang-kurangnya merasa sedih dengan perginya Ramadhan. Bila lagi entah kita akan ketemu. Terus-terusanlah memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana berjaya menempuh Ramadhan kali ini. Samada jaya atau tidak. Itu untuk setiap peribadi nilaikan. Namun jangan sesekali terus leka dan alpa. Wallahua'lam.

Ramadhan Terakhir..?

Hari-hari terakhir ramadhan menyebabkan orang-orang yang beriman menangis. Menangis kerana tahu Ramadhan semakin pudar, semakin meninggalkan. Menangis kerana pegembaraan mencari Lailatul Qadr makin hampir ke penghujung. Menangis kerana mengingatkan diri bahawa ini mungkin sahaja Ramadhan terakhir! Mungkin sahaja pencarian malam al-Qadr yang akhir!

Hari-hari terakhir menuntut kepada penghisaban amal-amal yang dilakukan. Banyakkah yang berjaya? Berapa banyak pula yang gagal. Sekelumit rasa kecewa. Kerana amal soleh yang dibuat pada siang dan malam Ramadhan masih disulami dengan dosa serta kemaksiatan. Betapa diri yang kerdil ini berharap agar diampunkan oleh Rabb Azza Wa Jalla. Memang benar, bahawa Allah itu Maha Pengampun dan suka kepada mereka yang bertaubat. Kerana itulah disediakan kepada hamba-hambaNya yang beriman malam al-Qadr sebagai satu tapak dan landasan untuk meloloskan diri dari segala dosa. Hikmah disembunyikan hakikat malam al-Qadr agar mereka yang beriman menggunakan segala kudrat mereka untuk menegakkan tulang belakang di malam hari untuk menghadap Allah yang Mulia. Untuk menyembahNya, memohon keampunan.

Di kala mereka yang terleka bergembira dengan tibanya Syawal, mereka yang beriman menangisi perginya Ramadhan. Timbul satu persoalan, akan signifikan Ramadhan di bulan Syawal. Akan manifestasi Ramadhan yang mulia pada Eid yang diberkati.

Ramai terlupa, bahkan ramai sekali alpa. Bahawa Ramadhan yang berlalu adalah satu medan penyucian diri dan hati.. Satu medan untuk membentuk manusia menjadi seorang yang lebih baik. Ramai sekali terlupa bahawa selama sebulan kita meniti Ramadhan, kita diajar untuk jadi manusia yang lebih baik. Samada pada zahir mahupun yang batin. Sebulan yang mendidik kita untuk menjadi manusia sebagaimana asalnya. Dan apabila tiba Eid al-Fitri, hari kita menyambut kembali keadaan kita yang kembali kepada fitrah, bukanlah yang dimaksudkan kembali kepada fitrah adalah kembali makan dan minum sebagaimana asalnya sahaja. Akan tetapi, kembali kepada fitrah sucinya diri, serta amalan sebagaimana kita diajar dan dididik di bulan Ramadhan. Sebagaimana fitrah manusia yang suci pada diri, akal, serta amalan mereka. Namun disebabkan oleh kealpaan, mereka mula menjadi kotor. Tibanya Ramadhan itu sebagai satu laluan untuk mendidik agar berpaling semula kepada fitrah. Dan kita menyambut Eid dengan kembali kepada fitrah. Ini signifikan Ramadhan kepada umat.

Ramai yang jadi lupa kerana menyangka bahawa Ramadhan cuma medan untuk mengajar diri dari menahan lapar dan dahaga. Apabila tiba Syawal, hari dibenarkan untuk makan dan minum sebagaimana asal, maka dibenarkan juga untuk melakukan perbuatan lain yang dilarang di dalam bulan Ramadhan. Ramai kembali bercakap kotor, berdusta, dan sebagainya. Betapa malang mereka yang berpendapat demikian. Ramadhan adalah seperti satu medium untuk melakukan ‘brainwash’ kepada manusia. Di mana, orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya akan menghayatinya dengan maksud sebenar.

Ramadhan semakin sedikit bakinya. Betapa jika hati ini menangis memberontak, masa pasti tidak akan mampu diputar. Tinggal apa yang terdaya hanyalah untuk berdoa, agar dikurniakan Ramadhan yang seterusnya. Agar dapat menjejak semula malam al-Qadr. Namun bagaimana jika ini Ramadhan terakhir bagi kita..?

****************************

Bila lagi kita akan bertemu wahai Ramadhan? Di kala aku mendambakan keampunan. Kau pergi berlalu. Di kala aku mengharapkanmu menjadi peluang padaku. Kau semakin jauh. Apakah aku akan menemuimu lagi wahai Ramadhan?

اللهم إنك عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُ الْعَفْوَ فاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya engkau adalah pemberi kemaafan lagi mulia, dan cinta akan kemaafan, berilah kemaafan kepadaku.

Ya Allah, terimalah permohonan taubatku, kabulkanlah istighfarku kepadaMu. Kerana aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkanMu ya Allah. Aku mahu menyembahMu walau di mana aku berada, di barat mahupun timur, di kala fajar menyinsing mahupun terbenam, di kala aku berdiri, mahupun duduk, di saat aku jaga mahupun tidur. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku bahkan matiku adalah keranaMu ya Allah. Aku mahukan keampunan serta kemaafan. Tiada yang lebih berharga, melainkan rasa kecintaan kepadaMu wahai pemilik ‘Arsy yang mulia. Sesungguhnya aku ingin menjadi di antara mereka yang mendapat wajahMu di hari akhirat kelak. Jika ini Ramadhan yang terakhir bagiku, maka jangan biarkan aku membiarkan ia sia-sia, dan jauhkanlah aku dari disia-siakan wahai Allah. Aku bermohon kepadaMu. Biar sahajalah basah mata ini keranaMu. Biar sahaja lemah kaki ini, berdiri menghadapMu. Biar sahaja... Kerana aku mendambakanMu wahai Allah...

Tangisan kerana Syi'ah!!



Di delete atas permintaan..

***************************
Verses of Life mencadangkan:

Kenali Syi'ah

Hujjah Syi’ah dan Jawapannya: Vol. 1

Hujjah Syi’ah dan Jawapannya: Vol. 2

Hujjah Syi’ah dan Jawapannya: Vol. 3

Suara.. Kita..


Sudah ramai yang mula memberikan respons terhadap penerbitan filem pendek, ‘Fitna’ yang diterbitkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda. Ramai menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad agar barangan keluaran Belanda diboikot. Namun malang sekali, ada juga yang menyatakan ketidak setujuan dengan terbuka berdasarkan beberapa sebab.


Boikot atau tidak?


Ada suara-suara bertanya, “Kenapa perlu diboikot? Bukankah ramai orang Islam di Negara tersebut. Memusnahkan ekonomi mereka, bermakna menganiaya umat Islam di Belanda.”


Dan ada yang lantang beralasan bahawa, “Kenapa mesi boikot? Seorang sahaja membuat kesalahan. Kenapa perlu dihukum semua?”

Saya hairan, adakah kita telah terlupa bahawa kekecohan yang pernah ditimbulkan oleh akhbar Jylland-Post dari Denmark yang menerbitkan karikatur berunsur penghinaan kepada Rasulullah SAW? Apakah yang menyebabkan kita begitu marah? Kerana mereka secara biadapnya telah menyerang dan melakukan penghinaan terhadap Rasulullah.

Dan apa bedanya pula sekarang ini? Apakah satu filem pendek, yang berisi menyatakan secara jelas penghinaan mereka terhadap al-Quran, khususnya dan agama Islam, secara umumnya ini tiada membawa kesan?

Saya kira, kita semua sudah cukup bijak untuk menilai apa yang haq, dan apa yang bathil.

Tanya saya juga, tidakkah karikatur dari Denmark itu jua dicetuskan oleh satu sosok sahaja. Jawabnya sama. Ya, ia dicetuskan oleh seorang sahaja, dan begitu jua halnya di Belanda.

Namun, apakah kita masih boleh berlapang dada dalam hal ini?

Kepentingan Aqidah

Ya, aqidah menjadi dasar utama untuk berinteraksi dalam hal sebegini. Disebutkan bahawa punca utama kekuatan umat Islam adalah aqidah yang kukuh. Aqidah bagai teras yang menjana kebaikan kepada luaran.

Terikatnya persatuan di antara umat Islam adalah berasaskan aqidah yang sama. Lihat sahaja kesan sirah apabila kaum Muhajirin bersatu dengan kaum Ansar kerana cinta dan kasih kepada aqidah Islam yang mereka anuti.

Dalam surah Ali Imran ayat 19, Allah berfirman, “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”

Juga dalam surah ali Imran ayat 85, “Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sesekali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi.”

Agama ini menjadikan kita disegani, dan aqidah ini merupakan sumber utama kekuatan kita. Kita dahulunya umat yang pernah menguasai 2/3 dunia dengan aqidah menjadi dasarnya.

Disebut di dalam ar-Raheeq al-Makhtum bahawa usul pertama perjanjian perikatan kaum Muhajirin dan Ansar adalah, ‘Mereka adalah umat yang satu di hadapan umat lain.’

Dan mereka adalah umat yang satu, dengan kalimah penyaksian sebagai tulang penegak.

Syahadah itu adalah bagai kunci utama kepada aqidah. Dan di dalam syahadah, termuat dasar penting iaitu keimanan kepada Allah dan juga Rasul-Nya. Kecintaan kepada dua perkara ini adalah perkara yang paling penting. Tidak dapat tidak, aqidah akan mendasar di setiap penjuru perbuatan.

Bagaimana pula kita boleh lari dan cuba bertindak cuai di dalam hal ini? Sedang ia satu isu besar yang melibatkan penghinaan kuffar kepada umat Islam. Begitu lemah sekali kita?

Keimanan yang kuat

Rasulullah SAW sentiasa menjaga ruh para sahabatnya dengan pelbagai motivasi keimanan, menyucikan jiwa mereka dengan pengajaran al-Hikmah (yakni as-Sunnah) dan al-Quran, mentarbiyah dengan tarbiyah yang mendalam, mendorong jiwa mereka untuk menggapai kemuliaan, kesucian hati, kebersihan akhlak, bebas dari kekuasaan kebendaan, memerangi nafsu syahwat. Sebaliknya rindu kepada Rabb yang menguasai langit dan bumi. Baginda menyuluhkan bara di hati mereka, mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya yang terang benderang, serta mengarahkan mereka supaya bersikap sabar terhadap sebarang gangguan. Maka para sahabat bertambah kukuh pegangan agama, semakin reda dari nafsu syahwat, bertambah rindu untuk menggapai keredhaan Allah dan syurga-Nya, bertambah semangat untuk menggali ilmu, faqih dalam agama, menguasai perasaan dan emosi, dan semakin bertambah kesabaran.

Dan kecintaan kepada Rasul akan menyebabkan kita turut menyintai apa yang dibawa dan diajari olehnya. Para sahabat rela dipijak tengkuk mereka, namun mereka tidak akan rela jika Rasulullah tercakar oleh kuku mahupun tertusuk dengan duri. Apakah kita pada hari ini akan rela membiarkan al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibril sebagai perantara itu dihina dan dipermudahkan?

Keimanan para sahabat R.Anhum kepada hari akhirat sangat kuat. Dan kepercayaan inilah yang memperkuatkan azam dan tekad mereka. Mereka mengerti bahawa mereka akan menghadap Rabb mereka kelak, dan akan dihisab amal mereka dengan teliti. Dan mereka yakin bahawa tempat perhentian mereka di syurga yang penuh kelazatan, ataupun neraka yang penuh azab. Mereka hidup di dalam keadaan di antara khauf dan raja’.

Bagaimana kita pula pada hari ini? Adakah kita bersedia untuk menghadap Rabb kita dalam realiti yang kita punya hari ini?

Penutup

Saya menyeru kepada semua pembaca agar mempertimbangkan dan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani hal ini. Adakah kita sanggup melihat agama kita ini dihina dan diperlekeh secara berterusan?

Disebutkan di dalam Shahih al-Bukhari, ketika mana Khabab bin al-Art al-Tamimi datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya apakah baginda tidak mendoakan untuk mereka. Baginda SAW duduk dalam keadaan muka yang merah (kemarahan) lantas menjawab, “Dahulu ada orang-orang sebelum kamu ada yang disisir dengan sisir besi sehingga kulitnya menggelupas, namun pekara itu tidaklah menggoyahkan tekad mereka untuk mempertahankan agama. Allah pasti akan mengakhiri semua perkara begitu, sehingga orang berani berjalan dari San’a ke Hadhramaut tanpa rasa takut kepada sesiapapun kecuali Allah, tetapi kamu semua terburu-buru.”

Dan saya juga menggesa, agar pihak-pihak yang berkaitan dengan hal ehwal pengguna untuk mengeluarkan satu senarai khas produk dari Belanda yang pasti dan teliti dan bukan sekadar menggunakan maklumat yang diperoleh dari internet untuk diedarkan kepada orang ramai. Ini kerana, pemboikotan yang dilakukan perlulah telus dan berkaitan dengan objektif tanpa perlu membabitkan mana-mana pihak yang tidak berkaitan.


Rujukan:

A’lam al-Sunnah wa al-Manshurah; Hafiz bin Ahmad al-Hikami

Al-Raheeq al-Makhtum, Safiyurrahman al-Mubarakfuri

Seruan Tun M



KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam. "Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan. Kalau nak pulau buatlah betul-betul."

Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal".

"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai...tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam," kata beliau.

--
BERNAMA --

------------------------------------------

Saya kira seruan Tun kali ini bukan boleh dipandang mudah. Sudah sampai masa untuk umat ISLAM mengurangkan bercakap dan memperbanyakkan bekerja. Adakah kita sepatutnya berdiam diri apabila agama yang kita anuti ini dihina dan dicerca?

Ya ikhwani, agama kita ini kita anuti berdasarkan kepercayaan dan keyakinan aqidah. Maka tentu sekali aqidah yang menjadi teras kekuatan kita. Umar Ibn Khattab pernah berkata dengan perkataan yang diukir dengan tinta emas;

اٍن كن أذل قوم فأزن الله بالاٍسلام فمهم نطلب العزة بغير ما أعزن الله به أذلنا الله

"Kita dahulunya adalah kaum yang hina. Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita, maka kita akan dihina oleh Allah.


Ya ikhwani, agama kita ini menyebabkan kita dimuliakan. Bukan bangsa mahupun kekayaan wang dan harta. Bukan juga ramainya pewaris. Akan tetapi teras aqidah yang kukuh menjadi penyebab kita mampu menjadi satu umat yang berjaya dan dipandang tinggi. Maka hari ini, apabila kita dipandang hina, dicerca, bahkan Kalamullah telah dihina, apa yang kita lakukan?

Ya ikhwani, apa yang patut kita lakukan??!!

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Dari Tsauban, katanya; Rasulullah SAW bersabda; "Akan datang suatu masa apabila musuh-musuh kamu mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu sebagaimana orang mempelawa satu sama lain untuk makan." Seorang sahabat bertanya, "Adakah bilangan kami ini sedikit pada waktu itu?" Baginda menjawab, "Bahkan, bilangan kamu pada waktu itu sangat ramai, akan tetapi kamu adalah seperti buih air banjir. Dan Allah mencabut dari hati musuh-musuh kamu perasaan takut dan mencampakkan ke dalam hati kamu al-wahn." Seorang sahabat bertanya, "Apa itu al-wahn ya Rasul Allah?" Baginda menhawa, "Cintakan dunia dan takut akan mati."


Ya ikhwani, gugur dan leraikanlah peluh mu itu walau setitik.

Hanya setitik wahai saudaraku.

Aku ingin mencari kemuliaan yang Allah berikan.


Bagaimana dengan kamu?

Exam.. Oh.. Exam..

Itu jadual exam saya untuk semester ini. Cuba perhatikan. 10 kertas (sebenarnya cuma 8, tapi jadi 10 kerana Halaqah dan Tilawah). Dan susunannya berturut-turut. Semuanya kertas yang 'membunuh'. Rasanya jadual semester lepas (dan sebelumnya) tidak sepadat (dan seteruk) ini.

Doakan saya.

Sekadar imbasan doa untuk rakan-rakan yang akan menghadapi peperiksaan, dari entry terdahulu.



اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا و أنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hazna iza shi'ta sahla

Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan.



لا إله إلا الله العظيم الحليم، لا إله إلا الله رب العرش العظيم، لا إله إلا الله رب السماوات ورب الأرض، ورب العرش الكريم
La ilaha illallahul 'Adzimul Haleem, la ilaha illallahu rabbul 'arsyil adzim, la ilaha illallahu rabbus samaawaati wa rabbul 'ardhi wa rabbul 'arsyil kareem

Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah Penguasa Arsy yang besar. Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah Rabb langit, Rabb bumi dan Rabb Arsy yang mulia.


Verses of life juga mencadangkan : Exam Mode

Takhrij Hadis Yang Masyhur Di Kalangan Para Jemaah Haji Malaysia


Tulisan seorang sahabat baik merangkap guru saya.

HADIS YANG MASYHUR PADA BULAN ZULHIJJAH

SATU SUSUNAN TAKHRIJ RINGKAS

1.1 Muqaddimah

Susunan ini adalah satu latihan takhrij ringkas bagi menilai kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith secara umum (General) bukan secara tafsil (Detail). Oleh itu sistem Assyawahid dan Mutaba'aat secara mendalam tidak diaplikasikan dalam proses takhrij ini.Wallahua'lam. Sebarang penambahbaikan dan komentar yang membina amatlah dialu-alukan.


1.2 Matan Hadith.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " من حج البيت ولم يزرنى فقد جفاني


Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam :" Barangsiapa yang mengerjakan haji dan dia tidak menziarahiku maka dia membenciku"

1.3 Riwayat-riwayat hadith ini bersama sanadnya ( kumpulan/ rentetan perawi hadith) dalam kitab-kitab berikut:

1- As-Saghani telah mengeluarkannya di dalam kitab "Al-Ahadith Al-Madhu'ah (Hadis-Hadis Palsu) " Ms 6.

2- Dikeluarkan oleh Az-Zarkashi dan As-Syaukani dalam kitab " Al-Fawaid Al-Majmu'ah fil ahadith almaudhu'ah" (Himpunan fawaid yang berkaitan dengan hadis-hadis palsu) Ms 42.

3- Dikeluarkan oleh Ibnu Adiy dalam "Al Kamil fi Du'afa'irrijal " 7/2480

4- Ibnu Hibban dalam "Addu'afa' (Perawi-perawi yang lemah " 2/73

5- Ibnul Jauzi dalam "Al-Madhu'at" (Hadith-hadith Palsu) 2/217 .

6- Addaraqutni dalam "Al-Ilal" (sebagaimana yang dinaqalkan oleh As-Sayuti dalam "Addur Al-Manthur" 1/473.

7- Al-Khatib dalam "Ruwat Malik" sebagaimana yang di naqalkan oleh As-Sayuti dalam "Addurar al-muntathirah fil Ahadith Al-musytahirah" 1/191.

8- Addailami dari Ibnu Amr sebagaimana dinaqalkan oleh Al-Muttaqi Alhindi dalam "Kanzul 'Ummal"

1.4 Matan hadith bersama dengan sanadnya.

حدثنا محمد بن محمد بن النعمان بن شبل حدثنى جدى عن مالك عن نافع عن ابن عمر قال

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " من حج البيت ولم يزرنى فقد جفاني

Hadith ini dikeluarkan dari jalan perawi yang bernama Muhammad ibn Muhammad ibn Annukman ibn Syibil memberitakan dari datuknya daripada Nafi' daripada Abdullah ibnu Umar Radhiallahu'anhu sesungguhnya Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: :" Barangsiapa yang mengerjakan haji dan dia tidak menziarahiku maka dia membenciku"

Turutan perawi hadith dari punca sanad (madarul isnad) dari bawah:

1- Muhammad bin Muhammad

2- Annukman bin Syibil (Datuk Muhammad)

3- Imam Malik

4- Nafi' maula Ibnu Umar

5- Ibnu Umar (Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu.anhuma)

6- Nabi Sallallahu'alaihiwasallam.

1.5 Komentar ulama-ulama hadith tentang hadith ini.

1- Az-Zahabi berkata :" maudhu' (palsu)" lihat Mizanul I'tidal 3/237. "hadith ini telah dipalsukan dengan menggunakan nama Imam Malik" lihat "Tartibul Maudhu'at" Ms 185

2- As-Sayuti berkata dalam "Addurar al-muntathirah fil Ahadith Al-musytahirah" " hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Addiy dan Addaraqutni dengan sanad yang terlalu lemah."1/191

3- As-Sakhawi berkata dalam "Al-Maqasid Al-Hasanah": "tidak sahih hadis ini".1/260

4- Al-'Ajluni dalam "Kasyful Khafa’ wa Muzilul Albas 'Amma Isytahara minal Ahadith 'ala Alsinatinnas" berkata: "tidak sahih" 2/278.

5- Ibn Al-Qaisarani dalam "Tazkiratil Maudhua'at" berkata: "tidak sahih" 1/535

*"tidak sahih" membawa maksud hadith ini tidak sah nisbahnya kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam / tidak boleh diterima sebagai hadith. Wallahua'alam.

6- Ibnu Abdil Hadi dalam "As-Sarimul Munki" ketika mengkritik As-Subki berkata: " Semua hadith-hadith yang disebut dalam bab ini tidak ada satupun daripadanya yang sahih, sebaliknya ianya dhoif dan "wahiah" (tidak boleh diguna pakai)".Ms 5

7- Ibnul Mulaqqin dalam "Al-Badrul Munir" berkata:"dhoif" 6/299.

* Untuk mencari jalan-jalan lain bagi hadith ini (tatabbu' turuq) dan hadis-hadis yang lebih kurang sama dari lafaz dan makna ( mutaba'aat dan syawahid) sila rujuk kitab "At-Talkhisul Habir fi Takhrij Ahadith Ar-Rafi'ie Al-Kabir" Ibnu Hajar Al-'Asqalani 3/256 dan kitab-kitab lain yang berkaitan.

1.6 Komentar terhadap peribadi perawi hadith.

Ibnul Jauzi berkata:" dia (iaitu Muhammad ibn Muhammad ibnu Annukman) meriwayatkan dari para-para rawi yang thiqah (yang dipercayai) perkara-perkara yang terlalu pelik (yang tidak mungkin diriwayatkan oleh para thiqah tadi).Dia juga meriwayatkan daripada perawi-perawi yang kukuh ingatannya dengan hadith-hadith yang bercanggahan.Kemudian Ibnu Jauzi menaqalkan kata-kata Addaraqutni "punca kecacatan hadith ini daripada perawi ini"

1.7 Antara faktor utama yang menyebabkan hadith ini dinilai dhaif (lemah) atau maudhu' (palsu) ialah seperti berikut:

1- Tahap perawi hadith yang tidak menepati piawaian perawi hadith sahih atau hasan. Sila rujuk bab "atta'nu firruwah" (celaan pada perawi-perawi).

2- Perawi ini dikenali sebagai perawi yang sering meriwayatkan hadith-hadith yang bercanggah dengan perawi-perawi yang lebih dipercayai. Sila rujuk tajuk (Syaz dan Munkar)

3- Perawi yang tidak boleh diterima apabila meriwayatkan hadith secara berseorangan. (Sila rujuk bab tafarrud)

4- Hadith ini tidak dikeluarkan oleh pengarang kitab-kitab hadith yang muktabar seperti Ashabussunan As-Sittah (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaie, Ibnu Majah) dan pengarang-pengarang kitab hadith yang lain. Sebaliknya ianya dikeluarkan oleh pengarang kitab-kitab hadith-hadith dhoif, yang mempunyai 'illah (kecacatan dari sudut sanad ataupun matan).

5- Membenci Nabi Sallallahu'alaihiwasallam adalah daripada dosa-dosa besar malahan ia boleh menyebabkan kekufuran.Hadis ini menunjukkan bahawa barangsiapa yang mengerjakan haji tetapi tidak menziarahi kubur Nabi Sallallahu'alaihiwasallam telah melakukan dosa besar.Dari "mafhum mukhalafah" (sudut yang berlawanan) boleh difahami bahawa menziarahi kubur Nabi Sallallahu'alaihiwasallam adalah sebahagian daripada perkara yang wajib sebagaimana wajibnya mengerjakan haji. Sedangkan hukum menziarahi kubur Nabi Sallallahu'alaihiwasallam JIKA ianya dikira sebagai amalan "qurbah" (mendekatkan diri dengan Allah" ia hanya akan berada dalam kategori perbuatan-perbuatan SUNAT.Adakah meninggalkan perkara-perkara sunat dikira membenci Nabi Sallallahu'alaihiwasallam? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan:

Berdasarkan susunan ringkas di atas penyusun mendapati :

1- Sebahagian ULAMA-ULAMA HADITH daripada "mutaqaddimin" (yang terdahulu) dan mutaakhirin (kontemporari) menghukum hadith ini sebagai palsu berdasarkan keterangan di atas.


2- Ada sebahagian daripada ulama-ulama yang menghukum hadith sebagai dhoif sahaja.


3- Hadith ini tidak dapat dinaik taraf (upgrade) kepada tahap minima piawaian hadith yang boleh digunakan dalam hukum-hakam iaitu hasan atau hasan lighairihi (mengikut sesetengah pandangan ulama).Wallahua'lam.

ABU ZUBAIR

Eid : Hukum dan Adabnya

Ini adalah tulisan guru saya; Haji Kamin yang saya petik daripada laman Darul Kautsar.


Hari Raya membawa satu sinonim kepada perayaan bagi orang-orang Islam diMalaysia. Di negara jiran ia dikenali sebagai Hari Lebaran atau Eidul Fitri. Di Malaysia ia dikenali sebagai Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kemungkinan juga timbul istilah-istilah ini akibat dari 'turn over' atau assimilasi kalimah-kalimah arab ke dalam Bahasa Malaysia.

Walau apa pun ia dipanggil, ia tetap terasa kemeriahannya lebih-lebih lagi setelah memasuki juzu' ketiga atau 10 malam terakhir Ramadan. Kemeriahan Hari Raya ini seolah-olah mengatasi kegembiraan orang-orang alim menyambut 10 malam terakhir Ramadan. Lampu-lampu minyak dan lampu-lampu warna-warni menerangi malam-malam Ramadan ini. Amat berbeza sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadan yang Mubarak ini. Mahu tidak mahu, bagi kita yang Allah swt dipanjangkan umur, pasti akan melalui hari yang kita panggil, Hari Raya.

Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu-satu perayaan yang di sambut oleh umat Islam diseluruh dunia. Ulama tidak berselisih pendapat mengenai kesahihan perayaan ini jika nak dibandingkan dengan sambutan-sambutan yang lain seperti meraikan Malam Isra' dan Mi'raj, Mawlid Nabi, Malam Nisfu Sya'ban dan sebagainya. Ulama mempunyai pelbagai tanggapan mengenai perayaan yang selain dari kedua-dua Eid ini. Ada golongan yang mengatakan walaupun ia bukan dari hadis shahih (seperti Nisfu Sya'ban), tetapi disebabkan oleh fada'il 'amal maka mereka membenarkan ia disambut. Ada pula golongan yang mengatakan bahawa sambutan-sambutan atau perayaan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan hadis-hadisnya juga bertaraf da'if malah ada yang maudhu', maka tidak boleh sama sekali ia diraya atau diamalkan. Walaupun Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu amalan warisan dari Nabi saw, tidak dapat tidak kedapatan berlakunya amalan-amalan penambahan dan mitos-mitos tertentu didalamnya.

Artikel kali ini meringkaskan fatwa yang dibawa oleh ulama dan penulis terkenal Arab Saudi, Sheikh Saleh Munajjid bagi membicara mengenai hukum dan adab-adab didalam merayakan kedua-dua Eid ini. Eid Al-Fitri di negara kita akan berlaku di musim cuti sekolah dan juga penghujung tahun. Pasti ramai saudara-saudari kita (termasuklah kakitangan dipejabat kami) yang akan menamatkan penghidupan bujang mereka dan melangkah kealam perkahwinan. Apakah tidak baik mereka berkahwin didalam bulan Syawal yang mulia ini? Apakah ia merupakan satu 'bad omen' bagi kedua-dua mempelai? Tidak kurang juga mereka mula berpuasa 6 pada hari Eid/Syawal ke 2 dan pada 8 Syawal mereka akan menyambut Hari Raya ke 2 atau Eid Al-Abraar. Apakah perayaan ini dibenarkan? Fatawa (fatwa-fatwa) di bawah ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut.

----------------------
a) Eid Adab dan amalan - ringkasan dari fatwa Sheikh Mohammad Saleh Munajjid[1]

Sabda Nabi s.a.w. kepada Abu Bakar r.a. - "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita"
{إن لكل قوم عيد وهذا عيدنا } (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam. Orang Islam tidak ada perayaan lain selain dari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha. Anas r.h. berkata : "Nabi s.a.w. datang ke Madinah, orang-orang Madinah biasa mengadakan 2 pesta/perayaan. Di kedua perayaan itu mereka ada permainan/pesta. Kata beliau (Nabi s.a.w. bertanyakan kaum Ansar mengenainya.) Apakah itu dua hari? Mereka menjawab : kami biasa bermain/pesta di masa zaman Jahiliyyah dahulu lagi. Nabi saw memberitahu mereka :'Sesungguhnya Allah s.w.t . telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." {عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ . " سنن أبي داود 1134 } Riwayat Abu Daud, 1134.

Kedua-dua Eid ini adalah di antara syiar Allah, di mana kita harus mengambil berat dan memahami objektifnya {وهذان العيدان هما من شعائر الله التي ينبغي إحياؤها وإدراك مقاصدها واستشعار معانيها }.

Di bawah ini akan dinyatakan adab dan peraturan Eid.

Peraturan Eid
(أحكام العيد )

1. Berpuasa : Haram berpuasa pada hari-hari Eid kerana dari Hadis Abu Sa'ed Al-Khudri r.a., dimana Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa satu hari didalam Eid Fitr dan satu hari didalam Eid Adha.{يحرم صوم يومي العيد لحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ . " رواه مسلم 827 حكم صلاة العيدين } (Riwayat Muslim, 827).

2. Melakukan solat Eid : Beberapa ulama' mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya wajib - Ini adalah pandangan ulama'-ulama' kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah. Beberapa ulama-ulama yang lain pula mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali. Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Eid ialah Sunat Mu'akkad (مؤكدة). Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafie.

3. Solat Sunat : Tidak terdapat Solat Sunat sebelum atau sesudah Solat Eid yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. biasanya akan keluar di hari Eid dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya. {رواه البخاري معلقا مجزوما به النافلة في المصلى: لا نافلة قبل صلاة العيد ولا بعدها كما جاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج يوم العيد فصلى ركعتين لم يصل قبلهما ولا بعدهما }. Ini didalam hal solat dilakukan di kawasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Eid di masjid, maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid sebelum duduk {وهذا إذا كانت الصلاة في المصلى أو في مكان عام وأما إن صلى الناس العيد في المسجد فإنه يصلي تحية المسجد إذا دخله قبل أن يجلس }.

4. Wanita yang menyertai Solat Eid : Menurut sunnah Nabi s.a.w., setiap orang digalakkan menghadiri Solat Eid, dan berkerjasama di antara satu sama lain. Wanita yang datang haid, janganlah lupa mengingati Allah atau pergi ketempat perhimpunan yang bermatlamatkan penambahan ilmu dan mengingati Allah selain dari masjid. Wanita, tidak dapat dinafikan lagi, tidak boleh pergi tanpa memakai Hijab!

Adab-adab Eid (آداب العيد)

1. Mandi (الاغتسال) : ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitr) {سنة العيد ثلاث المشي والاغتسال والأكل قبل الخروج }.

2. Menjamah makanan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Eidul-Fitr sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Eidul-Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar.... dan beliau akan makan bilangan ganjil".{عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا }

3. Bertakbir pada hari Eid (التكبير يوم العيد ) : Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.{وروى الدارقطني وغيره أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجتهد بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى الإمام }.

4. Mengucapkan tahniah (التهنئة) : Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik di hari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun {أيا كان لفظها }. Misalnya mereka boleh mengucapkan di antara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Eid Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari kamu dan dari kami {تُقُبِّل منا ومنك . ابن حجر إسناده حسن }.

5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (التجمل للعيدين ) : dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat" {وعن جابر رضي الله عنه قال : كان للنبي صلى الله عليه وسلم جبة يلبسها للعيدين ويوم الجمعة }. Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Eid, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Eid {صحيح ابن خزيمة 1765 وروى البيهقي بسند صحيح أن ابن عمر كان يلبس للعيد أجمل ثيابه فينبغي للرجل أن يلبس أجمل ما عند من الثياب عند الخروج للعيد }.

6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (الذهاب من طريق والعودة من آخر ): Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Eid - {عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ رواه البخاري 986 }(Riwayat Al-Bukhari).

Amaran kepada beberapa kemungkaran (تنبيهات على بعض المنكرات )

1. Ada setengah orang yang mengatakan bahawa Islam menyuruh kita berjaga malam dan bersolat dimalam Eid, merujuk kepada sepotong hadis yang tidak sahih, "Sesiapa yang menghidupkan malam Eid, maka hatinya tidak akan mati di masa pada hari matinya hati." {أن من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب}. Hadis ini dilaporkan melalui 2 isnad, satunya ialah da'if, dan yang keduanya sangat Da'if. Islam tidak menyuruh kita menumpukan pada malam Eid untuk bersolat; tetapi jika memang menjadi kebiasaan seseorang itu bangun malam untuk bersolat, maka tidaklah salah perbuatannya walaupun pada malam Eid {وأما من كان يقوم سائر الليالي فلا حرج أن يقوم في ليلة العيد }.

2. Bercampur di antara lelaki dan perempuan di beberapa tempat-tempat solat, jalanraya dan lain-lain (اختلاط النساء بالرجال في بعض المصليات والشوارع وغيرها ). Adalah sangat memalukan bahawa ini berlaku bukan sahaja di masjid, tetapi sehinggakan ditempat-tempat suci seperti di Masjidil Haram dsb. Kebanyakkan wanita - moga Allah memberi petunjuk ke atas mereka (هداهن الله )- keluar tanpa menutup aurat, memakai make-up dan minyak wangi, apabila terdapatnya kesesakkan di masjid - bahaya situasi ini begitu terserlah. Bagi sesiapa yang bertanggung jawab haruslah menguruskan solat Eid betul-betul, dengan menyediakan pintu yang berbeza dan jalan yang berbeza dan melambatkan kaum lelaki keluar sehingga kaum wanita telah meninggalkan tempat tersebut.

----------------
b. Hari Eid dan Jumaat jatuh pada hari yang sama. Apakah solat Jumaat masih wajib?

Soalan : Jika Eid Al-Fitr jatuh pada hari Jumaat, Bolehkah saya hanya bersolat Eid dan tidak bersolat Jumaat atau sebaliknya?

Jawab Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan[2]:

Segala pujian kepada Allah. Jika hari Eid bersamaan dengan Jumaat, maka sesiapa yang bersolat Eid bersama imam tidak perlu menghadirkan diri (tidak wajib keatasnya); di dalam hal ini ia menjadi sunat. Jika ia tidak bersolat Jumaat, ia wajib bersolat Zuhur {إذا وافق يوم العيد يوم الجمعة فإنه من صلى العيد مع الإمام سقط عنه وجوب حضور الجمعة ويبقى في حقه سنة . فإذا لم يحضر الجمعة وجب عليه أن يصلي ظهر}. Perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang bukan Imam. Bagi Imam pula, ia mesti menghadirkan diri bagi solat Jumaat dan mengimami orang Islam yang menghadirkan diri untuk bersolat. Solat Jumaat tidaklah boleh ditinggalkan sepenuhnya pada hari tersebut.

Sebagai tambahan :

Didalam buku fekah yang terkenal, "Fiqh As-Sunnah", karangan Sayyed Sabiq[3] menyatakan :

"Jika hari Eid berlaku pada hari Jumaat, maka solat Jumaat tiada lagi menjadi wajib bagi sesiapa yang menunaikan Solat Eid. Zaid ibn Arqam berkata: "Nabi saw bersolat Eid dan menjadikan Solat Jumaat optional, sabda beliau :"Barangsiapa ingin bersolat, maka bolehlah bersolat" - Riwayat (5) dan sahih dari Ibn Khazimah dan Hakim.{إذا اجتمع الجمعة والعيد في يوم واحد سقطت الجمعة عمن صلى العيد؛ فعن زيد بن أرقم قال: صلى النبي صلى الله عليه وسلم العيد ثم رخص في الجمعة فقال : ((من شاء أن يصلي فليصل)) رواه الخمسة وصححه ابن خزيمة والحاكم.}

Bagi memperjelaskan lagi isu ini, Sheikh 'Atiyya Saqr, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar menyatakan berikut : "telah diriwayatkan bahawa Eid berlaku pada hari Jumaat pada zaman Abdullah Ibn Az-Zubair dan beliau telah duduk didalam rumah sehingga tengahari dan kemudian baru beliau keluar rumah, menyampaikan khutbah dan melakukan 2 rakaat solat dan beliau tidak menunaikan Solat Eid. Bila ditanya mengenai ini, Ibnu Abbas berkata :"Dia telah mengikut sunnah""".

--------
c. Bilakah waktu bertakbir Eid?

Soalan : Saya perhatikan bahawa beberapa orang, apabila mereka pergi bersolat Eid, mereka akan bersolat 2 rakaat, dan sebahagian yang lain membaca Takbir (الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ولله الحمد ). Saya berharap tuan boleh menjelaskan hukum Islam mengenai perkara ini. Apakah ada perbezaan menunggu solat Eid di masjid atau di tempat solat?

Jawab Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4]: Di sunatkan bagi barangsiapa yang datang ke tempat solat untuk bersolat Eid atau melakukan solat istisqo' (minta hujan) dia haruslah terus duduk dan tidak bersolat Tahiyyat al-Masjid, kerana tiada riwayat bahawa Nabi saw atau para sahabat melakukannya, sejauhmana yang kami tahu. Tetapi jika solat tersebut dilakukan di Masjid, maka ia harus menunaikan Solat Tahiyyat Al-Masjid, kerana ia merupakan applikasi secara umum dari hadis Nabi s.a.w., "Apabila sesiapa yang memasuki masjid, janganlah ia duduk sehingga dia bersolat 2 rakaat".{إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين } (Sahih, muttafaq 'alaih). Apa yang ditunjukkan adalah apabila seseorang itu duduk sambil menunggu solat Eid ialah ia perlu memperbanyakkan Tahlil dan Tabir, kerana ini merupakan slogan pada hari tersebut, dan ini merupakan sunnah kepada semua yang berada didalam masjid atau diluar, sehingga tamatnya khutbah. Jika seseorang itu menyibukkan dirinya dengan membaca Al-Quran, maka ia juga dibenarkan.

------------------
d. Berkahwin dibulan Syawal, adakah ia membawa nasib buruk?

Soalan saya ialah bahawa kebanyakkan orang di Asia merasakan bahawa jika mereka berkahwin diantara di Eid, maksud saya Eid Al-Fitr sehingga Eid Al-Adha adalah menjadi perkara buruk dan salah seorang dari pengantin akan mati kerana tidak berapa baik berkahwin diantara 2 Eid, Saya ingin tahu dari pandangan Islam samada ia benar atau tidak.?

Jawapan dari Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid[5]:

Jawapannya terbahagi kepada 2 bahagian.

Pertamanya, kepercayaan di dalam soalan diatas adalah tidak benar; ia merupakan satu bid'ah (rekaan) dan menyesatkan di mana tidak ada asas langsung di dalam syariat Islamiyyah, dan ia tidak dinyatakan di dalam Al-Quran atau Sunnah.

Keduanya, kepercayaan melanggar batasan syariah Islam di dalam beberapa cara:

(i) Kepercayaan bahawa seseorang akan mati di dalam jangka waktu ini. Tidaklah dibenarkan mempercayai perkara kerana kematian dan kehidupan di tangan Allah {لا يجوز لأن الموت والحياة بيد الله عز وجل } dan ketentuan kematian adalah sesuatu yang Allah simpan di dalam pengetahuannya. Tiada manusia yang tahu bila dia akan mati. Ini adalah suatu perkara yang Allah swt tidak memberitahu mana-mana makhluknya. Kerana itu Nabi saw berkata, didalam sebuah hadis dimana kesahihannya dipersetujui oleh semua yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., didalam sebuah hadis panjang Jibrail : "Ada 5 perkara yang tiada siapa tahu melainkan Allah". Kemudian katanya :"Sesungguhnya disisi Allah pengetahuan mengenai masa, Dia menurunkan hujan, dan mengetetahui siapa di dalam Rahim. Tiada siapa yang mengetahui apa-apa mengenai apa nasibnya esok, dan tiada siapa yang tahu dibumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui segala-galanya" {( في خمس لا يعلمهن إلا الله ) ثم تلا : ( إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ )} - riwayat Bukhari:48, Muslim :10. Mendakwa perkahwinan semasa jangka-waktu ini akan membawa kepada kematian adalah mendakwa mempunyai pengetahuan ghaib, dan kepada sesiapa mendakwa mempunyai pengetahuan sesuatu yang ghaib. Maka mereka yang karut-marut itulah yang mendakwa memiliki ilmu ghaib.

(ii) Ini juga menunjukkan keadaan Iman yang lusuh, kerana ia menunjukkan kurangnya beriman kepada Al-Qadaa' dan Al-Qadar. Maka itu Rasulullah saw mengajar Ibnu Abbas semasa beliau masih kanak-kanak, "Mengetahui bahawa ummah akan berkumpul bersama dapat memunafaatkan kamu dengan apa-apa pun, [atau] mereka tidak akan memunafaatkan kamu dengan apa-apapun, melainkan Allah telah takdirkan keatas kamu, dan jika mereka berkumpul untuk melakukan kemudaratan dengan cara apa sekalipun, mereka tidak akan dapat memudaratkan melainkan apa yang Allah takdirkan keatas kamu. Qalam telah dinaikkan dan mukasurat telah kering {وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الأَقْلامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ } - Riwayat Al-Tirmizi, Sifat Qiyaamah, 2440; dikelaskan Sahih oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan Al-Tirmizi, no. 2043. Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-'Aas berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah saw berkata, bahawa Allah telah menulis takdir makhluknya 50,000 tahun ...." {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ ...} - (Riwayat Muslim, Al-Qadar, 4797).

(iii) Ia juga menentukan Tauhid dan kesempurnaannya, kerana ia melibatkan sesuatu kesialan dan pessimisme. Telah diperkatakan di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata :"Tidak ada penyakit yang berjangkit [hanya dengan izin Allah], tidak ada burung yang mendatangkan sial, tidak ada burung hantu [atau tulang orang mati bertukar menjadi burung yang boleh terbang], dan tiada bulan Safar [yang mendatang bala]" {لا عَدْوَى وَلا طِيَرَةَ وَلا هَامَةَ وَلا صَفَرَ } - (Riwayat Bukhari, Al-Tibb, 5316).

Tahayul bermakna pessimime. Telah diriwayatkan dari Hadis Ibnu Mas'ud bahawa Nabi s.a.w. berkata : "Tiyarah (Tahayul) ialah sejenis syirik".{الطيرة من الشرك } - (Riwayat Al-Tirmizi, Al-Siyar, 1539, disahihkan Al-Albani didalam Sahih Tirmizi, no.1314)

Perlu diingatkan bahawa kepercayaan tahayul di dalam nasib yang sial bercanggah dengan tauhid dengan dua cara:

Pertama, kepercayaan tahayul menghalang seseorang itu meletakkan kepercayaan kepada Allah dan menjadikan seseorang itu bergantung selain darinya.

Kedua, ia menyebab seseorang itu bergantung kepada benda yang tidak ada asas kebenarannya, maka itu tidak ada hubungan di antara berkahwin di dalam bulan ini dan apa yang akan berlaku seterusnya. Tidak syak lagi, ia akan menjejaskan tawhid, kerana Tawhid bermakna beribadah dan memohon pertolongan darinya. Allah berfirman : "Kepada engkau aku sembah dan kepada engkau aku memohon pertolongan"{إياك نعبد وإياك نستعين } - Al-Fatihah :5. dan "Maka sembah dia dan bertawakkal kepadanya"{فاعبده وتوكّل عليه } - Al-Hud:123.

Sesungguhnya A'isyah (r.h) berkata bahawa Nabi s.a.w. berkahwin dengan beliau di dalam bulan Syawal dan menjadikan (merancang) perkahwinan dengannya di dalam bulan Syawal dan beliau merupakan wanita yang paling beliau sayang. Orang Arab biasanya mengatakan bulan ini tidak baik dan mereka biasa mengatakan bahawa barangsiapa yang berkahwin didalam bulan Syawal, perkahwinan tidak akan berjaya, tetapi ini tidaklah benar.

Di dalam perkara mempercayai kesialan nasib, satu di dalam dua perkara ini harus terjadi:

Samada dia akan berpatah hati (give up), sebagai respon kepada 'nasib buruk' (bad omen), dan tidak mengambil apa-apa tindakan, di mana ini merupakan paling buruk tahyul, atau ia akan meneruskan, tetapi ia akan menjadi gelisah dan risau, dihantui oleh 'nasib buruk' yang akan menimpa. Ini kurang sikit seriusnya, tetapi kedua-duanya akan menjejaskan tawhid. (Lihat al-Qawl al-Mufeed oleh Ibnu Uthaimin, bahagian 2, ms. 77-78).

Melihat kepada realiti, kita lihat di dalam Sahih Sunnah Nabi s.a.w. membuktikan bahawa mitos ini PALSU, manusia yang terbaik, Muhammad s.a.w., berkahwin dengan orang yang beliau sayangi, A'isyah r.h., dan perkahwinannya berlangsung diantara dua Eid, dan beliau merupakan orang yang paling gembira di sampingnya. Bahkah beliau telah menolak dakwaan Jahiliyyah dan berkata :"Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan ku di dalam bulan Syawal dan menjadikan perkahwinan denganku di bulan Syawal, dan wanita mana yang paling Rasulullah s.a.w. sayangi selain dariku?"{تزوجني رسولُ الله صلى الله عليه وسلم في شوال ، وبنى بي في شوال ، فأي نساء رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أحظى عنده مني }.

Al-Nawawi berkata : "Ini menunjukkan bahawa adalah mustahab mengadakan perkahwinan dan berkahwin di dalam bulan Syawal. Nas dari para sahabat menunjukkan ia adalah mustahab, dan mereka menjadikan hadis ini sebagai bukti. Dengan berkata, A'isyah bercadang menolak amalan dan kepercayaan Jahiliyyah. Apa yang beberapa orang biasa melakukannya pada masakini, iaitu tidak suka merancangkan perkahwinan dan berkahwin di dalam bulan Syawal, ini adalah Palsu dan tidak ada asas. Ini merupakan lebihan dari ajaran-ajaran jahiliyyah. Mereka menganggap bahawa ia suatu yang tidak baik kerana nama Syawal membawa maksud 'mengangkat'." - Syarah Muslim, 9/209.

----------

e. Hukum berjima' di malam dan hari Eid

Soalan : Apakah hukum berjima' pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk kedua-dua Eid)? Saya mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa ia tidak dibenarkan.

Jawab Sheikh Mohammad Saleh Munajjid[6]:

Alhamdulillah. Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima' pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan
{فالجماع ليلة العيد ويومه مباح }, tidaklah haram kecuali pada siang di dalam bulan Ramadan dan apabila di dalam ihram Haji dan Umrah, dan apabila wanita datang haid atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.

-------
f. Hukum merayakan Eid al-Abraar atau perayaan 8 Syawal setelah puasa 6

Soalan : Apakah hukum merayakan Eid al-Abraar yang dirayakan pada bulan Syawal setiap tahun[7]?

Salah satu dari perkara rekaan yang berlaku di dalam bulan Syawal ialah bid'ah Eid al-Abraar (عيد الأبرار), yang disambut pada 8 haribulam Syawal. Setelah mereka menyempurnakan puasa Ramadan, dan berbuka puasa pada hari pertama Syawal - hari Eidul Al-Fitr - mereka mula berpuasa 6 hari pertama di dalam bulan Syawal, dan pada hari ke 8 mereka akan menyambut "eid" yang dinamakan Eid Al-Abraar.

Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata : "Mengenai menyambut perayaan yang tidak dinyatakan di dalam syariat - seperti beberapa malam didalam Rabi'ulawwal yang dipanggil 'Mawlid', atau beberapa malam didalam Rejab, atau 18 Zulhijjah, atau Jumaat pertama didalam bulan Rejab, atau 8 Syawaal dimana ia dipanggil Eid Al-Abaar - ini adalah satu bid'ah yang tidak dibenarkan oleh Salaf dan mereka tidak melakukan perkara itu. Allah mengetahui yang sebaiknya"[8] {وأما اتخاذ موسم غير المواسم الشرعية كبعض ليالي شهر ربيع الأول التي يقال : إنها ليلة المولد , أو بعض ليالي رجب , أو ثامن عشر ذي الحجة , أو أول جمعة من رجب , أو ثامن من شوال الذي يسميه الجهَّال عيد الأبرار : فإنها من البدع التي لم يستحبها السلف , ولم يفعلوها. والله سبحانه وتعالى أعلم}. (Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah).

Beliau juga berkata : "Mengenai 8 Syawwal, ia bukan lah Eid, samada untuk kebenaran atau kejahatan. Tidak dibenarkan seseorang itu mengambilnya sebagai Eid atau mengambil apa-apa yang dikaitkan dengan perayaan pada hari itu." {وأما ثامن شوال : فليس عيداً لا للأبرار ولا للفجار , ولا يجوز لأحد أن يعتقده عيداً, ولا يحدث فيه شيئاً من شعائر الأعياد عيد الأبرار : فإنها من البدع} (al-Ikhtiyaaraat al-Fiqhiyyah, ms. 199)

Perayaan "Eid" ini berlaku di masjid-masjid yang terkenal, dimana lelaki dan wanita bercampur secara bebas, berjabat tangan secara bebas dan menyebutkan perkataan Jahiliyyah apabila mereka berjabat tangan. Kemudian mereka pergi membuat makanan yang dikhususkan pada perayaan ini". (al-Sunan wa’l-Mubtada’aat oleh al-Shuqayri, ms 166)

-------
g. Zakat Al-Fitr (Zakat Fitrah) menggunakan wang ringgit

Soalan : Apakah pandangan mengenai Zakat Al-Fitr ... apakah ia mesti menggunakan bahan makanan atau boleh menggunakan wang?

Jawapan Dr. Ali Al-Soa[9]:

Adalah dibenarkan kepada seorang Islam yang mengelurakan zakat Al-Fitr menggunakan wang! Kerana sesunggunhya duit merupakan cara yang sesuai bagi memdapatkan barangan dan perkhidmatan. Maka membolehkan seseorang itu membeli dengannya barangan makanan dan selainnya {يجوز للمسلم أن يخرج قيمة زكاة الفطر نقودا؛ لأن النقود وسيلة صالحة لشراء السلع والخدمات؛ فيمكن للإنسان أن يشتري بها الطعام وغيره } .

Menurut seorang ahli ekonomi Islam terkenal, Dr. Mozer Kahf[10], bahawa Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah (ulama' Islam pada awal 9 Hijrah) membincangkan pembayaran zakat al-fitr dengan wang terutamanya di kawasan metropolitan seperti Damsyik di mana tempat beliau tinggal, bahawa ia lebih baik kepada orang miskin.

----------------------
h. Di mana kena bayar Zakat Al-Fitr?

Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menjawab [11]:"Orang Islam mesti membayar Zakat Al-Fitr di negara dimana dia tinggal di malam pertama didalam bulan Syawal. Sebabnya ialah bahawa Zakat Al-Fitr tidak dibayar kerana berpuasa, tetapi dibayar kerana eid (berbuka puasa); itu sebab ia dinamakan Zakat Al-Fitr. Itu sebab jika seseorang itu mati sebelum Maghrib di hari terakhir di dalam bulan Ramadan, Zakat Al-Fitr wajib kepadanya walaupun dia telah berpuasa di kesemua hari didalam bulan itu. Sebaliknya, jika seorang bayi dilahirkan selepas Magrib di hari terakhir Ramadan. i.e. di malam pertama Syawal, adalaha wajib ia membayat Zakat Al-Fitr atau wakilnya. Padangan ini adalah disepakati oleh ulama' Islam. Lebih-lebih lagi Zakat Al-Fitr dikaitkan dengan Eid Al-Fitr dan ia bermakna kegembiraan yang termasuklah di antara mereka yang miskin dan yang memerlukan. Kerana itulah nabi s.a.w. bersabda {Jadikan mereka (yang miskin) kaya di hari ini (iaitu hari Eid)}."

----------
i. Kelambatan di dalam membayar Zakat Al-Fitr

Menurut Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyya Saqr[12]:

Tidak boleh melambat-lambatkan Zakat Al-Fitr di Hari Eid {لا يجوز تأخير زكاة الفطر عن يوم العيد }. Lebih Afdal mengeluarkannya sebelum Solat Eid, dari Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan menunaikan Zakat Al-Fitr sebelum mereka bersolat, Berkata Ibnu Abbas r.h. : "Maka barangsiapa yang menunaikannya sebelum Solat maka Zakat itu dimaqbulkan, dan barangsiapa yang menunaikannya selepas Solat maka jadilah ia sedekah dari sedekah-sedekah [yang lain]." { فمن أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة ، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات }.

---------

Kesimpulan

Di dalam menyambut Eid Al-Fitr yang mulia ini, marilah kita berbalik kepada sumber-sumber Islam yang sebenarnya. Kepercayaan-kercayaan lama dan mitos-mitos, lebih-lebih lagi peninggalan zaman Jahililiyyah haruslah kita buangkan dari penghidupan kita. Apa yang kita mahu ialah mempertingkat Iman dan taqwa sebagai muslim sejati (True Muslim), yang bukan hanya pandai berkata "Aku Mazhab Syafie", tetapi satu Kitab Imam Syafie pun tak pernah dibaca! Jadikan bulan baik dan hari baik ini sebagai titik permulaan didalam penghidupan kita, agar amalan yang dilakukan sejajar dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah. Akhir kata : Eid Mubarak, Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu
{تقبل الله منا ومنكم }, Selamat menyambut Hari Raya.

wallahu'alam (والله أعلم )
wassalam

susunan kamin
29 Ramadan 1423

Rujukan :

1. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Eid :Adab dan Hukum. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=4561

2. Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan. Hukum Solat Eid di hari Jumaat islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=7857&dgn=3

3. Sayyed Sabiq. Fikh As-Sunnah - Juzu I. Kansas City: Cetakan khas Manar Al-Dauliyah, 1995, ms. 343

4. Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz. Kitaab Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat - Jilid. 13, ms. 13

5. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Berkahwin diantara dua hari Eid islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=13475&dgn=3

6. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Hukum berjima' dimalam dan hari Eid islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=38224&dgn=3

7. Sheikh Abdul Aziz ibn Ahmad Al-Tuwajri. Al-Bida’ al-Hawliyyah :Hukum merayakan Eid al-Abraar, ms. 350. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=25756

8. Sheikh Ibnu Taimiyyah. Majmu' Fatawa - juzu' 25. Mekah : percetakan Al-Hukumah, 1969h., ms. 298.

9. Dr. Ali Al-Soa. Membayar Zakat Al-Fitr dengan wang. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=23177

10. Dr. Mozer Kahf Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=21799

11. Dr Yusuf Al-Qardawi. Tempat membayar Zakat Al-Fitr. Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1931

12. Sheikh Atiyya Saqr. . Fatwa IslamOnline. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=16163

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2002